Quantcast
Channel: Ceritaku Untuk Mu
Viewing all 345 articles
Browse latest View live

Nasi tuang air masak

$
0
0
               ceritaku.my


Assalamualaikum,salam akhir syawal. Balik ke menu harian biasa . Habis sudah bulan syawal. Jadinya kita kembali ke asal dengan menu harian yang mudah tetapi sedap dimakan.

Makanan ruji.

Nasi merupakan makanan ruji/utama buat masyarakat di Malaysia. Mungkin ada di kalangan kita yang tidak makan nasi,tapi diganti dengan makanan berkhasiat yang lain. Malah ada juga di antara kita yang tidak boleh tidur malam jika tidak makan nasi dalam sehari.


Lauk dan sayur-sayuran.

Nasi dimakan bersama dengan lauk seperti ikan,daging atau sayuran. Malah tidak lengkap pengambilan nasi jika tiada bahan pelengkap yang lain. Pengambilan makanan yang seimbang boleh melengkapkan zat yang diperlukan oleh tubuh badan.
Kelainan.
  •  Ada yang makan nasi dengan kicap saja.
  • Ada yang makan nasi dengan ayam saja.
  • Ada yang makan nasi dengan sayur-sayuran,yang dikenali sebagai vegetarian.
  • Ada yang makan nasi dengan kuah sayuran dan ikan saja.
  • Ada yang boleh makan nasi kering saja.
  • Ada yang makan nasi perlu ada kuah dan tidak boleh kering. (rujuk gambar atas).

Kelainan cara pengambilan cara makan ini dipengaruhi oleh pelbagai aspek. Ianya bukan sesuatu yang pelik tetapi ianya unik dan menarik untuk kita belajar apa yang berlaku di sekitar kehidupan kita.

Apa pendapat akak.

Mulanya akak terkejut,melihat rakan setugas tuang air masak dalam nasi putih. Sebab dia menuang air,atas alasan dia tidak biasa nasi kering dan mahu ada ...macam kuah. Kiranya air masak itu sebagai kuah.

Lama akak berfikir,dan terlintas di kotak fikiran kita pun mungkin pernah lihat mak-mak yang menuang air masak di atas nasi untuk dilenyek dan diberi makan pada bayi yang baru makan. Atau ada juga mak-mak yang tuang sedikit kicap atas nasi supaya ada perisa dan lembab untuk disuap pada anak.


Terlintas juga di memori nasi lenyek dan diberi perisa garam atau gula pada bayi.


 
Kesimpulannya, pada awal nampak pelik,tetapi bila fikir lebih lama terkenang pelbagai memori lama yang boleh memberi kesan indah dalam kehidupan. Yang pelik dan unik itu lah bakal sentiasa mekar dalam hidup kita dan dititipkan pula pada generasi mendatang.



Oleh itu,jangan segan bergaul dengan pelbagai bangsa. Kita belajar dari mereka. Mereka belajar dari kita. Hingga jumpa lagi.

Logde 7 Tambunan

$
0
0
ceritaku.my


Assalamualaikum. Salam dari Tambunan. Jauh kami bermalam. Lokasinya di Tambunan kiranya agak jauh ke pedalaman. Kalau dari Kota Kinabalu ke Tambunan jaraknya lebih kurang 81km dan perjalanan ini memakan masa selama 1 jam 30 minit atau lebih bergantung pada faktor persekitaran.

ceritaku.my

Bagaimana nak tempah lokasi ini?

  • Guna aplikasi Hotels.com
  • Guna aplikasi Booking.com
  • Guna aplikasi Expedia.com.my
  • Guna aplikasi Agoda
Kami guna aplikasi Agoda, dapatlah harga murah.


ceritaku.my


Cuaca di Tambunan

Tahukah kalian selain Kundasang, Tambunan ini merupakan lokasi tanah tinggi juga dan  sejuk kerana kedudukannya 1000m di Banjaran Kroker.

Kelembapan lokasi ini sekitar 94%. Sejuknya kami bermalam di Lodge 7.

Gunung Trusmadi

Tahukah anda di Tambunan ini letaknya Gunung Trusmadi,yang kedua tertinggi selepas gunung Kinabalu. Ketinggiaanya ialah 2462M.Ini gunung kedua tertinggi di Malaysia.

Keistimewaan Lodge 7

  • Terletak berhampiran dengan Hospital Tambunan.
  • Sering digunakan oleh masyarakat setempat sebagai transit bagi penjaga pesakit di Hospital Tambunan.
  • Harganya murah jika ditempah awal.
  • Suasana nyaman,sejuk dan sunyi dari hiruk-piruk bunyi kenderaan.
  • Boleh menikmati buah-buahan tempatan di sekitar penginapan,kerana tuan milik membenarkan.
  • Bilik yang selesa bagi kami yang sekadar mahu berehat malam saja.
  • Ada TV
  • Ada disediakan minuman 3 in 1,untuk minum malam.
  • Ruang tamu yang luas dan selesa. 
  • Bersih
Kesimpulannya, akak berpuas hati menginap di sini. Sesuai dengan budget kami yang sekadar mahu bermalam sebelum meneruskan perjalanan keesokkan hari.

Kampung Pulau Panjang , Narathiwat

$
0
0
ceritaku.my


Assalamualaikum dari negara jiran ,akak kongsi gambar yang cantik buat kalian. Lokasi terletak di Kampung Pulau Panjang,dalam daerah Narathiwat. Selatan negara Thailand. Umum sedia maklum, Narathiwat merupakan lokasi majoriti penduduk Islam di bahagian selatan Thailand. Di Narathiwat ini merupakan lokasi yang begitu meriah dengan pelbagai aktiviti sosial mesra silaturahim bila musim perayaan seperti Hari Raya Aidilditri.

Nama lokasi.

Kampung Pulau Panjang. Dalam daerah Narathiwat. Lokasi pusat riadah pantai yang terkenal di selatan Thailand.

ceritaku.my

Uniknya

  • Kena menyeberang sungai untuk ke lokasi ini.
  • Dek kerana ianya terpisah oleh sungai,hingga membentuk seolah-olah "pulau" lantas ianya dinamakan "kampung pulau panjang" kerana ianya mengunjur panjang mengikut pantai di depannya.
  • Lokasi ini terkenal kerana 'imam' yang bertugas di surau berhampiran pernah berlakon dengan artis malaysia dalam cerita "pok ya cong ko dei". Kerana tersohornya cerita viral ini menyebabkan netizen mengintai jejak pelakon tersebut. Hingga akak juga terikut nak berjumpa dengan "imam muda ini". Malangnya beliau pulang ke Malaysia. Tiada rezeki nak swafoto.


                                    ceritaku.my

ceritaku.my

ceritaku.my


Pemandangan cantik dan makanan enak.

  • Dari lokasi tempat makan terus kita boleh nampak pantai yang luas terbentang dan cantik. Telus pemandangan mata tiada halangan.
  • Dekorasi persekitaran lokasi ini bagi akak cantik kerana mereka menggunakan bahan-bahan kitar semula yang diinovasikan sebagai bahan kreatif untuk hiasan sekitar tempat makan.
  • Bab makan pula ,memang kita tidak boleh nafikan ianya memang terkenal dengan hidangan somtam yang pedas serta sedap. Ada juga keropok lekor. Malah tidak sah kalau tiada hidangan berasaskan pulut. Kita sedia maklum hidangan jualan seperti pulut bakar atau makanan dari beras pulut memang amat sinonim dengan negara 'Gajah Putih' ini.
  • Harga makanan bagi akak ianya murah dan setimpal dengan hidangan yang kami makan.

Kesimpulannya, melawat atau datang makan-makan sekitar "selatan Thailand" merupakan antara aktiviti kami. Memang kami suka datang melihat kawasan perkampungan di sini,kerana reka-bentuk rumahnya yang cantik dan budaya mereka berlainan dengan kita tetapi masih ada titik persamaan antara Malaysia dan Thailand. Jangan takut melawat "Narathiwat" kerana ianya unik dan masyarakat yang mesra pelancong.

Link yang kalian perlu baca :

Pusat Latihan Dakwah , Kundasang

$
0
0
ceritaku.my

Pusat latihan Dakwah , lokasinya terletak di Kundasang. Umum sedia maklum Kundasang merupakan lokasi utama menjadi tumpuan pelancong datang sini. 

Perlu juga ingat lokasi ini merupakan tumpuan ramai para tabligh datang berdakwah dari serata dunia. Kundasang juga antara lokasi yang mempunyai ramai penganut agama islam.jadi tidak hairan lah jika lokasi ini sentiasa dikunjungi oleh pengunjung dalam atau luar negara.

Untuk lihat gambar lain boleh klik ABU NUHA.

Apa menarik di Pusat Latihan Dakwah , Kundasang

  • Pemandangan yang cantik ketika waktu pagi dan petang. Kalau tak percaya kena datang sini.
  • Suhu yang sejuk dan udara segar semulajadi merupakan salah satu daya tarikan utama lokasi Kundasang.
  • Yang utama dan penting lokasi ini berfungsi sebagai pusat latihan dakwah bagi Pihak Jakim dan berkaitan bagi penyebaran dan dakwah islam seluruh Sabah.
  • Penginapan yang selesa dan bersih.
  • Harga untuk bermalam di sini tidak mahal,mampu bayar tetapi ianya sering dipenuhi dengan pelbagai aktiviti sepanjang tahun.
  • Kedudukan Pusat Latihan Dakwah ini dikelilingi oleh kebun sayur,sangat mempersonakan pemandangan alam.


Alamat lokasi ini:


Pusat Latihan Islam KundasangKampung Mesilau,Peti Surat 52989308 RanauEmel   : plik@islam.gov.myTel       : 088-888 285Faks    : 088-888 286


Sesiapa yang berminat,boleh terus berhubung dengan pihak berkenaan.

Boleh lihat lokasi Pusat Latihan Dakwah di bawah:

<iframe src="https://www.google.com/maps/embed?pb=!1m18!1m12!1m3!1d3967.8043399638045!2d116.60144801414863!3d6.021577030466581!2m3!1f0!2f0!3f0!3m2!1i1024!2i768!4f13.1!3m3!1m2!1s0x323b912f421ae1d5%3A0x3d7c75141ea06184!2sKundasang+Islamic+Training+Center!5e0!3m2!1sen!2smy!4v1532398759223" width="400" height="300" frameborder="0" style="border:0" allowfullscreen></iframe>



Tamatlah kisah,lawat lokasi ini. Jika kalian ada peluang ke sini,singgahlah bergambar lokasi cantik yang dikelilingi dengan pemandangan kebun sayur.

Hingga berjumpa lain. Bye!



Kolam Air Panas Poring

$
0
0
ceritaku.my

Assalamualaikum,salam mandi air panas dari Kolam Air Panas Poring. Terletak di Ranau. Ianya salah satu lokasi wajib datang dan berbasahan di sini.

Jarak lokasi

Dari Kota Kinabalu ke Kolam Air Panas ini,lebih kurang 136 km. Lebih kurang 2 1/2 jam perjalanan.


ceritaku.my

ceritaku.my

ceritaku.my

Kolam

Terdapat 2 paip di setiap kolam / kolah untuk kegunaan orang ramai . Satu paip dari sumber air gunung dan ianya sejuk. Satu lagi ialah paip dari sumber air panas. Jadi,semuanya terserah pada pelanggan kolam untuk memilih air panas atau campuran air panas atau sejuk.


ceritaku.my



Wakaf atau pondok rehat

Yang best di lokasi ini ada disediakan wakaf atau pondok rehat yang berhampiran kolam dan ianya amat sesuai digunakan sebagai pondok istirehat untuk keluarga. Bolahlah nak makan kudapan di sini.



ceritaku.my

ceritaku.my


Jenis kolam

Tahniah pihak pengurusan, kerana ada disediakan kolam untuk kanak-kanak dengan kedalaman bersesuaian.

ceritaku.my

ceritaku.my




Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Warganegara31
Pelancong Asing1510
ceritaku.my

ceritaku.my


Gambar cantik

Nak lihat gambar cantik dari rakan blog lain boleh cari di bawah :


ceritaku.my

ceritaku.my

Akhir sekali, akak silakan kalian mencari info selebihnya sendiri. Tidaklah akak mahu tulis panjang nanti ,kalian letih membaca. Apa yang akak nak promosi ialah kongsilah link blog ini jika ianya bermanafaat untuk kalian. Hingga kita jumpa lagi.

57 Tempat menarik di Sabah, Malaysia.(SENARAI TERKINI)

$
0
0

Assalamualaikum...salam jelajah Borneo dari kami,dan untuk menyenangkan pembaca sekalian akak buat satu artikel ini khas mengenai lokasi/ destinasi menarik yang kami sudah kunjungi di Sabah pada tahun ini. Kalau nak info selanjutnya boleh baca artikel pendek di link yang kakak sertakan. Nak lihat gambar pula jangan segan cari kakak di halaman CERITAKU UNTUK MU.


Entry ini disiarkan sejak tahun 2017. Akak lakukan setiap kemas-kini lokasi yang kami pergi hingga kini. Harapan akak ianya sedikit sebanyak dapat membantu kalian untuk ke lokasi berkenaan.

Sekadar peringatan setiap entry yang tertulis di link adalah berlaku semasa kami ke sana,kemungkinan sebarang perubahan akan berlaku selari dengan perubahan kemodenan semasa tempat yang kalian pergi.

Akhir kata,sudi-sudikan kongsi link ini,jika kalian rasa ianya bermanafat. Boleh juga hubungi akak untuk sebarang pertanyaan,inshaalah jika pertanyaan tidak sesukar peperiksaan. 

Selamat melancong.



Senarai tempat menarik di Sabah :


1. Kundasang War Memorial dan Pekan Nabalu. (Jangan lupa ambil gambar berlatarbelakang si Kinabalu)

2. Kokol Hill - lokasi indah terbenamnya sang mentari. (popular sangat dengan keindahannya, suami Stacy datang sini sehari sebelum mereka bernikah)

3. Pasar Filipina,Kota Kinabalu - semua ada di sini.    Mee Tawau

4. Tenom - lokasi kopi tersedap dan kami makan kepayas di sini.

5. Todak Waterfront - wajib bergambar di sini,tengah bandar dekat pasar filipina.    Sunset Todak Waterfront

6. Hounon Ridge Farmstay & Camping - di Bundu Tuhan,popular kerana pemandangan ala-ala NZ.

7. Ikon Kundasang - terkini dan yang lama ada lagi dalam Pekan Kundasang.

8. Budget Hotel Ranau - banyak penginapan budget ada di Ranau,tetapi pelancong lebih tertumpu di Kundasang.

9. Pasar Ranau - kakak jumpa sesuatu yang unik iaitu Gambir.    Gambir - pasar Ranau

10. Laksa Penang, di Putatan - orang semenanjung yang berniaga.

11. Nasi Lemak Restauran Ikmal di Tambunan - pemiliknya orang Kelantan berkahwin dengan warga tempatan. Tapi nasi lemak sini memang sedap!

12. Rumah Terbalik,Tamparuli - sekarang ada muzium 3D/4D maaf tidak ingat tapi lokasi sama.

13. Oceanus Waterfront Mall - sambil emak dan ayah membeli-belah anak-anak boleh bergembira.

14. Taman Banjaran Crocker , Keningau - boleh intai Bandar Keningau dari sini.

15. Sook,Keningau - laluan pendalaman yang dulu kami singgah sudah semakin maju.

16. Lombong Tembaga Mamut, Ranau

17. Tamu Ranau

18. D'Place Kepayan

19. Tagal Sungai Moroli,Kampung Luanti

20. Kiaburi Homestay &Cafe

21. Sabah Tea

22. Langanan Riverside,Kampung Poring Ranau

23. Tanak Nabalu

24. Marakau Cabin Lodge,Ranau

25. Tagal Lingkubang, Kota Belud

26. Inap Desa Kilimu,Ranau

27. The Tip Of Borneo

28. Kampung Rampayan Laut

29. Gunung Kinabalu

30. Tugu Tambunan

31. Long Pasia

32. Flying Fox Kundasang Mount Valley Recreation

33. Campsite Pantai Sabandar, Tuaran

34.Inap Desa Kilimu, Ranau

35. 3V Kampung Nahaba

36. Pulau Banggi

37. Lodge 37

38. Sub Stesen Serinsim

39. Murut Cultural Centre

4o. Donggongon

41. Dream World Resort

42. Sabindo Hotel

43. Terowong Sepanggar

44. Tamu Tuaran

45. Murut

46. Dream World Resort ,

47. Kampung Mesilou, Kundasang

48. Ko-Nelayan , Tuaran

49. Air Terjun Kiansum, Inanam

50. Kinabalu Pine Resort , Kundasang

51. Restauran Gayang , Tuaran

52. Bombon Kampung Marakau

53. Sinurambi Tambunan

54. Yit Foh Kopi , Tenom

55. Kampung Mesilou, Kundasang

56. Kolam Air Panas poring, Ranau

57. Pusat Latihan Dakwah, Kundasang



Produk Ikan Bilis , Sipitang

$
0
0

Sipitang

Merupakan lokasi pedalaman Sabah. Ianya terletak sangat hamper dengan Negara Brunei dan negeri Sarawak.


Lokasi Sipitang

Jarak Kota Kinabalu ke Sipitang lebih kurang 144km saja,yang memakan masa selama hampir 2 jam perjalanan darat. Manakala jarak Pekan Beufort dengan Sipitang pula 44km. Kita perlu melalui Pekan Beufort dahulu sebelum sampai ke Sipitang.

Tempat pelancongan Daerah Sipitang

1. Long Pasia merupakan satu lagi lokasi pedalaman dalam daerah Sipitang yang sangan terkenal pada pelancong luar. Sangat mencabar perjalanan ke Long Pasia ini. 2. Esplanade Sipitang – ini merupakan deretan kedai baru tersusun yang disediakan oleh Majlis Daerah Sipitang. Ianya bersebelahan dengan Dataran Esplanad Sipitang. Di sini juga terdapat banyak kedai menjual aneka jenis satay.
Sipitang amat terkenal dengan “satay sipitang”. Inilah trademark Pekan Sipitang. Jadi kalau melalui lokasi ini jangan lupa singgah makan satay.Aneka satay antaranya ialah satay ayam,satay daging,satay kambing,satay butut ayam dan tidak ketinggalan kepak ayam yang terkenal 1 Sabah. 

Sumber Ekonomi

1. Jika dulu daerah Sipitang sangat terkenal dengan kepesatan aktiviti pembalakan yang dikendalikan oleh Sabah Forest Industries (kilang kertas dan pulpa). Tapi ianya tidak begitu memberi keuntungan pada penduduk. Kebanyakan penduduk terlibat dengan sector pertanian seperti perladangan serta perikanan kecil-kecilan.

Perusahaan Ikan Bilis Tanjung Pagar , Sipitang

Pembaca yang sering singgah di blog akak,pasti tahu dan sedia maklum. Akak dan Abang Mat sentiasa bergerak dari satu lokasi ke lokasi berlainan. Janji lokasi itu baru bagi kami serta ianya memberi pengalaman baru dan unik.

Ikan Bilis

Ianya diperolehi di laut,sama ada di persisiran pantai atau laut dalam. Menurut pakcik yang mengusahakan produk ini lokasi penangkapan bilis ini bergantung pada pukat yang dibawa oleh nelayan.


Jika nelayan itu membawa pukat yang tidak lebar ianya digunakan untuk menebar ikan bilis dipersisiran pantai saja. Jika sebaliknya mereka akan bergerak jauh ke laut untuk menebarkan pukat menangkap bilis di lautan.


Waktu atau masa ikan bilis dibawa ke daratan

Tiada had masa yang boleh diumumkan. Ianya berlaku kerana penangkapan bilis ini berlaku mengikut hasil tangkapan yang diperolehi semasa nelayan dilautan. Setelah selesai tangkapan bilis akan segera dibawa naik ke daratan dan diproses.

Dari bot terus ke kawah rebusan garam

Tahukah anda bilis yang dibawa pulang oleh bot nelayan terus diambil dari bot dan dimasukkan dalam kawah rebusan garam. Dibiarkan seketika hingga masak. Lalu diangkat masuk dalam bakul.Produk dibiarkan sejuk seketika secara semula jadi,disamping pekerja meneruskan aktiviti rebusan bilis.Setelah sejuk bilis tersebut sekali lagi di bilas sambil dikacau mesra oleh pekerja dengan tujuan membuang sisa-sisa habuk atau sisik bilis.Selesai.


Jemur

Siap,produk bilis terus dijemur dibawah panas matahari hingga kering.

Jual

Untuk produk ini,mereka tidak perlu susah-payah mencari pembeli. Produk ini sudah ada pembeli pukal yang sedia datang sendiri mengambil produk ikan bilis ini apabila ianya siap untuk dipasarkan.

Rumusan

Produk ini merupakan jalinan kerjasama antara ahli keluarga terapat. Mereka saling bekerja dan membantu sesame sendiri untuk meneruskan tradisi keluarga ini dikekalkan.
Kita sedia maklum produk bilis ini sangat terkenal hingga setiap pelancong yang dating ke Sabah pasti menjadikan produk ini sebagai buah tangan untuk dibawa pulang ke semenanjung.

www.ceritaku.my


 Gambar lain,boleh klik SINI.




Sambal Belacan goreng

$
0
0

Sambal belacan goreng

Kebelakangan ini ,akak suka buat sambal belajar goreng. Nak tahu mana akak belajar? Sebenarnya akak intai-intai tengok cara kawan yang buat sambal ini. Jadi memudahkan citarasa selera tekak akak sendiri,diubah-suai beberapa item untuk menaikkan selera tekak akak. Mari lihat apa bahan yang akak guna untuk menu ini.

Bahan-bahan

Cili padi – ikut tahap kepedasan sendiri,lagi pedas lagi sedap
Bawang merah 4-5 ulas saja – potong 4
Bawang putih 2-3 ulas ikut dan suaikan dengan bawang merah
Bawang besar (kuning 3-4 ulas saiz sederhana potong 4)
Belacan – Secukup rasa
Gula
Garam
Minyak Canola untuk menumis
Sedikit minyak zaitun

Cara masak

1. Panaskan minyak ,masukkan belacan ikut selera sendiri-tumis hingga garing
2. Masukkan semua bahan di atas,goreng hingga mesra
3. Setelah agak sebati dan mesra tutup api,alihkan hasil masakan dalam bekas dan sejukkan
4. Setelah sejuk masukkan dalam mesin pengisar dan kisar ikut citarasa kalian hendak sambal kasar atau halus-hancur.
5. Jangan lupa perasakan dengan gula serta garam ikut selera sendiri.

Taraaaa....siap untuk dihidangkan dengan menu nasi goreng,nasi putih atau mee goreng atau ikan bakar. Selamat mencuba ,jangan lupa kongsi resepi mudah dan sedap ini dengan ahli keluarga serta rakan-rakan.

Sambal belacan goreng


Keretapi Sabah

$
0
0
Assalamualaikum,salam menjejak bumi Tenom melalui laluan darat. Perjalanan tanpa dirancang,selesai menghadiri kenduri di Kampung Brunei,Kimanis terus kami bergerak ke Beufort.

Beufort

Terletak lebih kurang 92 km dari Kota Kinabalu. Maknanya lebih kurang 100 km dari rumah akak menuju ke Beufort,hanya tidak terasa perjalanan jauh kerana kami singgah makan di tempat kenduri.

Kampung Brunei ,Kimanis
Inilah lokasi kami makan kenduri kawin,dengan daging kambing yang sedap,acar timunnya dilengkapi pula dengan sambal belacan. Dicurahi pula gulai kuning umbut kelapa. Nasib baik tengah jaga makan tidaklah menambah nasi.
Menurut kawan akak,kampung ini merupakan menempatan awal penduduk asalnya yang berhijrah dari Brunei ketika zaman dulu. Tidak menjadi pelik malah ianya manjadi kebiasaan jika kenduri penduduk kampung ini menu yang dihidangkan merupakan masakan masyarakat Brunei.
Tinggalkan kisah makan kenduri ini.

Part 1 di Beufort
Kami sampai di Beufort jam 12.20 tengahari. Tanpa dirancang terus saja Abe Mat masuk park kereta depan stesen keretapi dan tanya kaunter.
Kebetulan nasib kami baik keretapi dijangka bertolak jam satu. Bayangkan kami tiada persiapan lengkap dengan kadar segera ambil saja beg pakaian yang sedia ada dalam kereta. Kelengkapan mandi tiada,tak mengapa Tenom pasti ada kedai boleh beli di sana.
Usai membeli beratur membeli tiket dengan kadar rm2.70 seorang dari Beufort ke Tenom. Naik gerabak penumpang,dan pemandu keretapi suruh duduk di kerusi bersebelahan tempatnya.
Satu lagi gerabak tapi ini agak usang,ada beberapa kerusi dan ruang kosong yang memang dikhaskan untuk barang-barang penduduk seperti tong gas,bakul jualan atau sayuran yang untuk dijual di tamu pagi. Walau pun usang akak suka duduk di sini,sebab kita dapat lihat realiti masyarakat dalam gerabak ini. Bagaimana susah payah mereka bergerak dengan anak kecil untuk melariskan jualan di Tamu. Bagaimana hati seoarang ibu menghantar anak kecil usia  7 tahun menginap di asrama desa sekolah yang jauh dari kediaman. Insaf seketika. Mereka kuat fizikal,mental dan kuat emosi.

Apa menarik sepanjang perjalanan keretapi
·       Melihat kawasan kampung-kampung
·       Melihat tanaman penduduk,kerana melalui pertanian mereka menyara hidup
·       Melihat laluan pergerakan keretapi pinggir sungai dan melintasi anak sungai
·       Melalui kawasan sekolah pedalaman : SK BIAH
·       Melihat kawasan rekreasi Riverbug Padas
·       Paling penting dapat merasa sendiri pengalaman menaiki keretapi Sabah yang merupakan salah satu pengangkutan utama dari dulu hingga kini.

Hologilat
Merupakan satu kawasan transit pertukaran keretapi untuk menuju ke Tenom. Mulanya akak ingat terus saja keretapi ini ke Tenom. Rupanya kami berhenti di Hologilat dan turun naik pula keretapi yang dari Tenom.

Masa perjalanan

Dari Beufort ke Hologilat memakan masa hamper 1 jam 30 minit. Memang lama perjalanan ini kerana keretapi akan berhenti di setiap kampong yang sememangnya ada tempat menunggu atau stesen kecil. Nanti kalian tengok gambar dalam HALAMAN FACEBOOK.

Dari Hologilat ke Tenom pula perjalanan hanya 1 jam saja tidak banyak hentian atau penumpang berhenti di stesen-stesen kampong.
Jam 4.30 petang kami selamat sampai di Stesen  Keretapi Tenom.

Tenom
Kami bermalam di orkid hotel, kadar sewa rm70. Katil saiz queen,ada penghawa dingin ada juga paip air panas serta sejuk yang tidak berapa berfungsi. Tak kisahlah kebetulan sekarang panas nak mandi air sejuk itu yang best!. Ada juga TV tetapi tidak dapat siaran. Lagi pun sekarang waktu terbaik kami nak rehat dan tidur.
Memang kami tak keluar malam,kebetulan sebelum check 
in hotel dan singgah di Watson beli toiletries. Singgah pula di KFC makan terus,kiranya macam makan malam la. Kenyang masuk bilik terus mandi dan selamat malam Tenom.

Lokasi menarik di Tenom
·       Bulatan kopi Tenom-boleh bergambar di sini,hati-hati dengan anjing . Tidak juga ia menggigit.
·       Taman Pertanian Sabah Lagud Seberang
·       Pusat Kebudayaan Murut
Part 2 di Tenom
Keesokannya,kami nak pulang ke Beufort pula. Jadual asal keretapi ialah jam 7 pagi,dan bertolak jam 7.30 pagi. Ini jadual asal. Tetapi terlambat pula.
Jam 8.30 baru bertolak dari Tenom menuju ke Beufort. Untuk kali ini kami tukar keretapi di Royah pula untuk meneruskan perjalanan ke Beufort.
Alhamdulillah...selamat sampai di Beufort pukul 12.30 tengahari.
Sebelum pulang ,singgah pula kedai satay brunei berhampiran. Selesai makan kami bergerak pulang ke KK. Alhamdulillah ,pengalaman yang menarik dan seronok buat kami berdua.

Bagi yang berminat nak mencuba boleh lah naik keretapi Sabah,rancang percutian hebat kalian di bumi Borneo ini.

Sekian ,hingga jumpa lagi.

Lihat gambar disini :  Gambar Tenom



Air terjun Kipungit

$
0
0
www.ceritaku.my

Assalamualaikum....salam kembara bumi Sabah. Kali ini akak bawa kalian ke Air Terjun Kipungit. Terletak di kawasan "hotspring" hanya perlu berjalan ke depan lagi meneroka alam semula jadi dalam hutan simpan ini.

Bayaran masuk:

Hanya rm 3 saja . Anda bayar masuk Hot Spring, Ranau ini bermakna anda sudah boleh masuk terus ke lokasi air terjun ini.

www.ceritaku.my

Ini teman akak masa nak ke air terjun,lepas tu akak jalan seorang saja. Si anjing hanya melepaskan pandangan berdiri tengok akak dan suami ke air terjun. Malas kali nak ikut orang tua jalan.


www.ceritaku.my
www.ceritaku.my


Tengok papan tanda di atas,tidak jauh. tapi boleh bikin leleh juga peluh. 

www.ceritaku.my

 Memang tiada yang pandu kami ke sini. Jangan takut ini merupakan laluan utama juga nak masuk ke Air Terjun Langganan. Tapi akak tak masuk ke sana jauh,kasut pula tak sesuai dengan keadaan basah dan licin. Yang penting utamakan keselamatan dalam setiap pergerakan aktiviti kita.

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Sekejap saja dah sampai lokasi air terjun  ini. Dikatakan air terjun ini setinggi 12 meter. Airnya sejuk dan boleh la kalau anak-anak ditemani ibu,bapa untuk mandi-manda sini. Kalau dah sampai sini jangan lupa cerita pada kawan-kawan dan suruh mereka mencuba lokasi ini juga. 

Tips travel dan kesihatan

  • Pastikan berpakaian yang sesuai untuk ke lokasi ini.
  • Pakai kasut bertutup.
  • Pakai baju berlengan panjang,ada juga nyamuk halus kalau hujan malam sebelumnya.
  • Pakai atau sapu krim nyah-nyamuk.
  • Pakai topi .
  • Bawa minuman dan makanan untuk berkelah di sini.
  • Bersihkan lokasi yang anda guna , sebelum pulang.
  • Bawa tikar untuk santai duduk.
  • Bawa pakaian lebih,mana lah tahu sampai saja nak mandi.

Itu saja cerita kali ini. nanti akak cerita lokasi lain pula. Kering idea dah ni...hingga jumpa lagi.




Tongod

$
0
0


Assalamualaikum. Ini entry tertangguh dari tahun lepas,kekangan masa amat cemburu dengan aktiviti akak yang suka menulis dan berkongsi perjalanan travel dengan pembaca sekalian. Hari ini akak sempat mencuri dan merajinkan diri menulis. Kisah akak di Tongod. Lihat gambar atas itu merupakan rumah awal penduduk yang menjalankan operasi perniagaan di Tongod. 

Rumah asal

Rumah ini merupakan nadi ekonomi penduduk ketika zaman itu. Segala kegiatan jual-beli adalah melalui gedung perniagaan yang berpusat di rumah ini. Malah ketika zaman itu sungai adalah alat pengankutan utama mereka. Segala kelengkapan dapur,makanan,minuman apa tah lain pakaian semuanya diangkut melalui sungai ini dan dijual kepada penduduk pedalaman.


Landmark

Gambar atas merupakan mercu tanda anda sudah sampai di Tongod. Inilah mercu tanda Tongod,yang berhadapan dengan Balai Polis. Durian merah atau durian dalit yang sememangnya amat terkenal di Sabah ini. Malah ianya merupakan salah satu daya tarikan pelancong asing untuk datang ke Sabah ketika musim buah-buahan dan mencuba raja buah ini.


Image result for tongod


Ini juga mercu tanda Tongod yang terletak berhadapan dengan rumah penduduk yang berada di belakang rumah asal,seperti gambar atas.

Lupa nak maklumkan,kalau tidak silap akak rumah asal itu milik kepada sekeluarga bangsa cina yang menjalankan perniagaan di situ.


Lokasi

Tongod ini terletak di Sandakan,nun jauh dari bandar Kota Kinabalu.

Daerah Tongod terbahagi kepada empat buah Mukim seperti berikut :
  1. Mukim Tongod
  2. Mukim Entilibon
  3. Mukim Kuamut
  4. Mukim Pinangah

Agama di Tongod - Bancian 2010 [3]
religionpercent
Kristian
  
70%
Islam
  
29%
Buddha
  
0.8%
Lain-Lain
  
0.2%

Kenapa akak ke Tongod

1. Abe Mat dan akak belum sampai lagi lokasi ini.
2. Nak lihat durian dalit /durian "batu" yang menjadi landmark Tongod.
3. Nak lihat lokasi landmark Tongod yang menjadi titik tengah negeri Sabah ini.


Rumusan perjalanan kali ini,memang penat sebabnya jauh dari rumah kami di Kota Kinabalu,tetapi bila sampai lokasi segala penat hilang sebab ianya lokasi baru dan ada kelainan yang unik. Lagi...syukur kerana kami berpeluang jejak kaki ke sini,kelak masa akan datang belum tentu untuk sampai lokasi ini.


Kalau anda yang membaca entry ini dan masih menetap di Sabah bolehlah terjah sini,sekurangnya kita tahu sejarah negeri dan segala kesukaran orang dulu meneruskan kehidupan sehingga maju . Sekian hingga jumpa lagi.


Jangan lupa klik SEE FIRST dan FOLLOW di CERITAKU UNTUK MU.

SK Dallas , Kota Belud

$
0
0
www.ceritaku.my

Assalamualaikum. Kali ini akak ke sekolah. Asyik jalan ke tempat pelancong saja. Sesekali tak salah untuk melawat sekolah

Lokasi 

Terletak dalam daerah Kota Belud dan ianya merupakan sekolah yang paling jauh dari PPD Kota Belud,senang cakap ianya berada di penghujung daerah. Senang cerita dan bagi senang faham ,kalau nak tahu lokasi sekolah ini adalah di Pekan Nabalu. Pergi saja ke Anjung tinjau hujung Pekan Nabalu dan pandang ke bawah kamu akan nampak atap-atap. Disitulah lokasi sekolah ini.


SK Dallas

Hebat namanya ,ada cerita tersendiri mengenai nama sekolah ini. Menurut pengawal keselamatan yang kami berbual dan bercerita serba sedikit mengenai sejarah nama sekolah ini bermula dengan sebatang pokok yang sangat besar di lokasi itu yang namanya Dallas. Dari situlah juga muncul nama sekolah ini.Begitulah kisahnya.Kalau ada versi lain bolehlah saling berkongsi sini.


Kenapa akak suka melawat sekolah

1. Akak suka sebab setiap sekolah ada pelbagai versi ilmu yang dipamerkan untuk tontonan pelawat di situ.

2. Sekolah kampung begini lebih fokus kepada pembelajaran kendiri yang memberangsangkan kerana bilangan murid yang kecil dan guru lebih senang mengawal semua murid.

3. Sekolah ini merupakan antara sekolah cemerlang Daerah Kota Belud,malah antara sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah cemerlang negeri Sabah juga.

Tip travel dan kesihatan

1. Pastikan ke lokasi ini ketika tidak hujan,kerana jalannya sedikit berbatu masuk ke sekolah ini.

2. Wajib singgah jika berkesempatan kerana sekolah ini persekitarannya unik dengan ruang pidato yang tersendiri.

3. Tiada kedai di sini,makan dahulu di Pekan Nabalu.

Rumusan,jangan sangka sekolah kecil tidak mampu mengeluarkan murid cemerlang. Inilah contoh sekolah yang mampu mengeluarkan murid yang boleh bertutur dengan pelbagai bahasa. Terkejut bukan,mereka bersekolah pagi disini. Petang pula mereka berniaga di Pekan Nabalu yang berada di bukit atas sekolah mereka. Malah menurut guru yang mengajar di sini,ada dikalangan anak muridnya mahir berbahasa inggeris dan korea kerana sering berkomunikasi dengan pelancong yang datang membeli-belah di gerai maknya.

Ingatnya,pembelajaran ini sama ada bermula di sekolah ,berkesinambungan di persekitaran bagitulah sebaliknya.

Oklah...cukup sampai disini,nanti kita jumpa lagi.



Lain-lain gambar intai DI SINI. Untuk mudah klik SEE FIRST dan FOLLOW pasti kalian orang terawal lihat post akak.


Mary Kay

$
0
0


Assalamualaikum ,ini ialah entry pembuka bicara. Berminat nak tau selanjutnya boleh pm saja di talian http://www.wasap.my/+60199823930/

Senang lagi kalau kita main balas wasap,tanya akak jawap. Bila akan tanya ,awak jawab pula.

Tengok dan teliti lah gambar di atas nanti akak akan tulis lagi pelbagai produk. Sebelum lupa akak nak beritahu, akak BC Mary Kay. Boleh lah setakat nak bercerita serba sedikit pengalaman akak menggunakan produk ini.

Sehingga jumpa lagi,kelak akak masukkan beberapa item menarik MK ini. Terima kasih,sudi membaca.



Pantai Sabandar

$
0
0

Assalamualaikum. Kisah di Tuaran lagi ,kalau sebelum ini akak ada siarkan Pantai Sabandar. Kali ini masih di lokasi yang sama sangat dekat,akak nak perkenalkan pada kalian tempat pelancong khususnya dari negara China,dan Korea. Pelancong suka sangat melihat kelip-kelip disini.

Gambar diatas merupakan lokasi baru yang diusahakan oleh kawan Abe Mat dan akak. 


Waktu yang sesuai melihat kelip-kelip:
  • Senja-waktu yang sangat sesuai berkumpul di jeti dan seterusnya dibawa ke lokasi kelip-kelip ini di pohon-pohon.
  • Cuaca - maksudnya tidak hujan,kenapa? Kalau hujan kelip-kelip ini memang tidak akan keluar dari pohon yang didiami,jika kelip-kelip tinggalkan pohon tersebut ianya akan mati kena air hujan. 



Istimewanya,bot ini ada pelbagai saiz dan dilengkapi dengan tandas. Maklumlah nak lihat kelip-kelip ianya makan masa hampir 1-2 jam meneroka sepanjang sungai dan melihat sendiri bagaimana pihak pelancongan ini berjaya memanggil keluar kelip-kelip menghampiri pelancong. Ini memang menyeronokkan. Kita boleh lihat kelip-kelip menghampiri bot seterusnya terbang di depan mata kita. Malahan boleh juga kita menangkap dengan tangan kita. Seronok sangat.

Pakej melihat kelip-kelip selalunya diusahakan oleh syarikat pelancongan. Kalau yang nak juga melihat kelip-kelip,boleh juga menumpang pakej pelancong yang datang ke lokasi ini tapi lihat pada kekosongan tempat.

Jangan tanya akak berapa harga,sebab akak memang tidak dikenakan bayaran oleh kawan kami. Tapi ada juga akak risik-risik tanya orang lain,katanya rm40/seorang. Tak tahu lah betul atau tidak risikan akak.

Kesimpulannya,akak seronok melihat sesuatu yang baru. Malah bukan senang nak lihat dan rasa pengalaman begini,tambahan pula tiada bayaran dikenakan. Alhamdulillah inilah kerana rezeki ramai kawan.

Tip Travel dan Kesihatan:
  • Pastikan sapu krim nyah-nyamuk,maklumlah lokasi berair pasti ada nyamuk.
  • Pakai kasut yang sesuai.
  • Pakai pakaian yang sesuai.
  • Bawa bekalan makanan dan minuman,sebab lama juga atas bot.
Ok,itu saja. Nanti akak cerita lokasi lain pula.


Paksina Hotel , Narathiwat

$
0
0

Assalamualaikum,salam jelajah Negara Gajah Putih (Thailand). Jangan kata akak orang Thailand,akak orang Malay tapi suka jalan-jalan masuk Siam. Kadang-kadang masuk untuk membeli-belah tapi paling kerap masuk cari makanan yang sedap-sedap.

Apa menarik di Paksina Hotel:

  • Akak suka landskap hotel ini. Cuba lihat gambar atas. Gambar lain,boleh cari di link CERITAKU UNTUK MU
  •  Hotel bersih,sunyi dan sangat sesuai untuk bermalam atau mat salleh kata "overnight"
  • Kedai makan yang berhampiran.
  • Ada wifi.
  • Bilik ada penghawa dingin.
  • Tv ada saluran dunia.
  • Peti sejuk




Berapa harga semalaman? Tidak mahal hanya rm80 dengan segala kelengkapan yang tertulis di atas.

Tip Travel dan Kesihatan:
  • Utamakan keselesaan jika kita sudah bergerak jauh dan lama dalam pengembaraan.
  • Utamakan kebersihan bilik jika kita ingin bermalam dengan selesa.
  • Yang penting utamakan keselamatan....nanti akak ulas (next entry)
Kesimpulannya: berjalan atau mengembara itu bukan semata-mata menghabiskan duit tetapi yang utama apa yang kita perolehi sepanjang pengembaraan kita.

Bacaan atau info lanjut Paksina Hotel:



Sondot View Camp , Kota Belud

$
0
0
www.ceritaku.my

Assalamualaikum, akak nak perkenalkan pada pembaca sekalian lokasi baru yang best untuk berkhemah dan BBQ.

Nama lokasi :

Sondot View Camp . Dalam daerah Kota Belud, Kampung Kebayau.

Facebook:

SONDOT VIEW CAMP (klik link - INI)

Pakej yang ditawarkan : Lihat bawah akak copy paste dari facebook mereka.

Hello tobpinai🔊🙋..Selamat Datang ke Sondot View Camp (SVC)😍 yang terletak di Kg.Kebayau Kota Belud Sabah.
✔️Always open 👣Walk In (9am-6pm).
👉PAKEJ Kemasukan (Tidak Bermalam)
RM3 (Dewasa 13thn keats)
RM2 (Kanak2 7thn-12thn)
FOC (warga Emas,OKU n Kanak2 bwh 6thn)
👉PAKEJ Kemasukan (Bermalam/Camping) (24hours)
RM6 (Dewasa 13thn keats)
RM4 (Kanak2 7thn-12thn)
FOC (warga Emas,OKU n Kanak2 bwh 6thn)
📝PAKEJ Sulap Tradisional (Sewa untuk Bermalam)
🏠 RM45/Big = Pondok/SulapTradisional ( Kalabatu/Langkawit ) termasuk kelambu, 4 bantal,2 tikar, bbq set, 1 meja, 4 kerusi, lampu dan soket.
🏡RM30/Medium = Pondok/Sulap Tradisional ( Kuruak) termasuk kelambu, 4 bantal,2 tikar, bbq set, 1 meja, 4 kerusi, lampu dan soket.
🏡RM20/Small = Pondok/Sulap Tradisional (pungit) termasuk bantal, tikar beserta lampu
🏡RM30/Big = Pondok/Sulap Tradisional (kudingking) Sesuai untuk santai-santai atau kupi-kupi
(Sewa Sulap untuk Walk in sahaja boleh rujuk dengan kaunter pendaftaran)
📝PAKEJ Kemudahan Lain
 RM20/malam =Camp muatan 3-4org +1 tikar + 2 bantal
 RM15/malam = Camp muatan 2 org + 1tikar dan 2 bantal
🎪RM20 =Mini Kanopi + 4 kerusi +1 meja
♨️ RM5 =Set BBQ (Terhad)
◼️RM5 =Meja Lipat (terhad)
📲 RM2 =Caj HP sampai penuh
 RM1 tambahan 1 kerusi
📝PAKEJ Kemudahan Aktiviti
🏊RM5(Besar),RM3(sederhana), RM5(Baring) =Pelampung Tiub
💪RM10/6org (1team) or RM20/12org (2Team) = Bermain Bola Tampar/Volleyball
😎AKTIVITI LAIN
✔️Games/aktiviti riadah/dll
✔️Round2 Kolam ternakan dan sawah padi/Mau beli ikan pun boleh (perkg)😁
✔️SPA ikan Jinak (Talapia Merah) pun ada👍😍(kolam) sambil bagi makan ikan😁(Makanan ikan RM2)
✔️Santai2 or kupi2 di meja bambu
✔️Mandi sungai sambil main pelampung/baradol..aramai moti👍😍
✔️Menikmati Mee sup made in SVC😍😘
👉KEMUDAHAN LAIN
✔️Tandas L dan P
✔️ Persalinan + Kamar mandi L dan P
✔️ Bekalan Elektrik (Lampu sportlight dikawasan Camping dan tandas)
✔️Line celcom/maxis/U mobile available📲
✔️Kawasan Parking yang luas🚗
✔️kawasan camping yang luas
✔️Mini Shop SVC
Untuk maklumat lanjut 📞📞Call📱📱Whatsapp:
Pn. Alistah Akau www.wasap.my/60128247260
➡️Saibon Tumpangon www.wasap.my/60143540322
➡️Eysta Ashella Saibon www.wasap.my/601131426742
➡️Jemie Likinsim www.wasap.my/60198315520
➡️Pausi Sepikit www.wasap.my/601125275302
➡️Pn.JC
www.wasap.my/601129952235


Untuk lihat gambar lain sila terus ke Halaman CERITAKU UNTUK MU. Jangan lupa ajak kawan-kawan klik SEE FIRST DAN FOLLOW.

Apa menarik di sini:

Pemandangan alam semula jadi yang terjadi akibat dari banjir serta gegaran Gunung Kinabalu. Batu-batu yang kalian lihat itu merupakan batu yang dihanyutkan oleh arus banjir akibat gegaran Gunung Kinabalu. 


Ini lah sejarah bermula lokasi rekreasi dan riadah air yang cetek,selamat untuk keluarga.

Tips travel dan kesihatan :

  • Pastikan anda peka dengan perubahan cuaca semasa,kerana ada sesetengah lokasi rekreasi di Kota Belud ini dinaiki air jika hujan berlanjutan. Tetapi lokasi ini selamat dari banjir setakat yang akak pergi.
  • Bawa ubat nyamuk,al-maklum saja lokasi berair pasti ada takungan air yang merupakan lokasi jentik-jentik.
  • Bawa krim nyah-nyamuk,senang. Sapu dan nyamuk menjauhi kalian.
  • Bawa bekalan makanan sendiri.
  • Bawa selimut sendiri,malam sejuk weiii sini.
  • Selipar jangan lupa.
  • Pakaian mandi.
  • Nak BBQ ada tempat disediakan hanya bawa bekal perapan untuk dibakar saja disini.
  • Walau pun cetek,sila jaga anak-anak kecil.
Kesimpulannya,akak suka lokasi ini. Memang ianya baru dibuka dan tidak ramai yang menginap bermalam di sini. Memang sesuai bagi yang suka privasi. Bayangkan jam 9 malam akak dah mimpi. 

Kalau anda berpeluang datang lah lokasi ini. Lokasi baru,dan cantik sesuai untuk santai bersama keluarga.

Bye hingga jumpa lagi.

Karakoram Highway, Pakistan

$
0
0


Assalamualaikum....salam kembara jauh dari utara Pakistan.  Akak perkenalkan laluan kami iaitu Karakoram Highway, atau ianya juga dikenali sebagai China-Pakistan Frienship Highway.  

Tahukah anda laluan ini merupakan laluan antarabangsa yang diguna-pakai oleh pihak Pakistan dan China untuk urus-niaga antara negara ini. Selain itu merupakan laluan yang paling bahaya dengan tiada kaki lima jalan dan berdinding batu di sepanjang jalannya. Malah ianya amat tinggi iaitu 4,693 metres (15,397 ft)dari paras laut.

Laluan Karakoram Highway.

  • Ianya melintasi Gilgit-Baltisan (nanti akak cerita entry akan datang)
  • Melintasi Hunza.
  • Juga melalui Khunjerab Pass.
  • Merupakan laluan SUTERA.
Baiklah ,akak akan cerita lebih panjang untuk entry lain mengenai laluan di atas.

Apa perasaan akak ketika melalui Karakoram Highway .

  • Tiada kata yang mampu menjelaskan,teruja dengan pengalaman baru.
  • Takut-tipulah kalau kata tak takut sebab laluan lebuh raya yang tiada kaki lima...silap pemanduan terus jatuh ke bawah.
  • Pada mulanya nak cepat-cepat saja melintasi laluan menakutkan ini,bimbang jatuh ke bawah.
  • Bila dah selesa pula rasa tidak mahu berakhirnya laluan ini kerana pemandangan masyaallah sangat cantik.
Harapan akak,kelak jika ada peluang sihat badan dan rezeki yang mencukupi akak nak lagi ke Pakistan. Sangat cantik pemandangan,sangat tidak puas mata ini merakam alam batu-batu utara Pakistan dengan keindahan limpahan saljinya.

Semoga ada rezeki buat kalian juga yang membaca entry ini hingga habis. Jangan lupa klik SEE FIRST DAN FOLLOW page CERITAKU UNTUK MU

Hingga jumpa lagi.

Masjid Omar Ali Saifuddien

$
0
0
www.ceritaku.my


Lokasi 

  • Negara Brunei
  • Bandar Seri Begawan
Uniknya Masjid Omar Ali Saifuddien.

  • Lokasi tarikan pelancong asing melawat Masjid di tengah bandar.
  • Masjid ini merupakan satu mercu tanda Negara Brunei.


Sejarah Masjid (lihat petikan link di bawah).

The mosque unites Mughal architecture and Malay styles and was designed by the architect and sculptor Rudolfo NolliThe Brunei Times reported on May 5, 2007:[1]"According to a senior architect at the Public Works Department (PWD), the architect employed to design the mosque was an Italian named Cavalieri R Nolli, who used an early design prepared by His Majesty himself and drawn with the assistance of Awang Besar Sagap, a PWD draughtsman. The detailed architectural plan was prepared by Booty and Edwards Chartered Architects and the construction work was done by Sino-Malayan engineers. The construction costs were very modest between $7.7 and $9.2 million."
Sila rujuk : Masjid Omar Ali Saifuddien


Gambar selanjutnya kalian boleh KLIK SINI.

Kesimpulannya,akak puas hati sangat dapat menjejak kaki ke Masjid ini. Maklumlah tetiba saja nak ke Brunei dan melawat Brunei,dapat pula jejak kaki ke Masjid bersejarah ini. Ianya merupakan pengalaman yang sangat mengujakan kerana pelancong eropah pun datang ke sini. Sangat rugilah kalau akak tidak ambil kesempatan melawat negara kaya yang aman ini.

Hingga jumpa lagi.


Kampung Imbak, Tongod

$
0
0
www.ceritaku.my

Assalamualaikum dari tengah bumi Sabah. Tongod. 

Nama lokasi :

Kampung Imbak. Di Tongod,nak lebih jelas supaya kalian tahu ianya berada dalam daerah Sandakan.


Cara sampai ke sini :

Melalui jalan darat,kenderaan ringan pun boleh sampai sini. Tetapi agak azab lah sikit kerana keadaan jalan yang kurang sempurna. Akak cadangkan kalian datang dengan 4WD.


Tujuan asal ke Tongod.
  • Melawat rumah awal penduduk di Tongod.
  • Nak sangat ke Imbak Canyon (malangnya 16km hampir sampai kami batalkan hasrat indah ini disebabkan beberapa perkara yang kami rasa tidak patut dan tidak perlu kami bayar untuk melihat lokasi indah negara ini)


www.ceritaku.my
Milik penduduk sini (Kg. Imbak)

www.ceritaku.my
Daging payau

www.ceritaku.my
Geng pemburu payau


Hasrat tidak kesampaian tetapi kami berjaya ....

  • Tidak berjaya ke Imbak Canyon tak bermakna kami gagal dalam penjelajahan ini. 
  • Kami berjaya kejar geng memburu. (lihat gambar atas).Kami berjaya bawa pulang 5 kg daging payau dan 10 kg tulang payau.

Pemburu muslim :

  • Umum sedia maklum,di Sabah pemburu sangat ramai. Tetapi kegiatan memburu amat terhad dan dikawal bagi mengelakkan kepupusan binatang ini. Selalunya dikalangan pemburu mereka ada yang menganut agama islam,bagi memudahkan proses penyembelihan mengikut syariat. Malah sekiranya tiada pemburu muslim turut serta,awal lagi diberitahu pada umum hasil buruan ini tidak halal. 
  • Di Sabah,mereka sangat menjaga perkara sebegini kerana dikalangan mereka ramai yang berkahwin dengan berlainan agama. Sikap menghormati antara agama ini amat tinggi di sini.
  • Kebetulan pula kami berjumpa dan membeli dari pemburu muslim,alhamdulillah rezeki tidak pernah salah makan hihiihii...



www.ceritaku.my
Ayam pun duduk sebumbung dengan tuan rumah



Tips travel dan kesihatan:
  • Mulakan perjalanan diawal pagi walau dimana saja kalian bertolak,agar sampai awal di sini.
  • Gunakan kenderaan 4WD ini yang terbaik kerana jalan yang banyak berbatu atau gravel.
  • Bawa bekalan makanan dan minuman anda. Jangan risau ada kedai juga sepanjang jalan,hanya sekadar ingatan untuk kalian yang tidak mahu berhenti di jalanan untuk membeli makanan.
  • Pakaian perlu sesuai,sediakan topi jika perlu.
  • Jangan lupa sediakan juga wang tunai secukupnya kerana di sini tiada ATM.
  • Kena ramah bertanya dengan penduduk,mereka semua mesra pelancong.

Kesimpulannya,jika kita berjalan nak ke sesuatu lokasi tetapkan pendirian kita secara rasional.Maksud akak kita berfikir secara waras berdasarkan situasi semasa. Jika kita mengikut rentak yang tidak patut berlaku dan memberi untung sebelah pihak lebih baik kita protes. Jangan kesal jika perjalanan yang kita rancang itu gagal,kita perlu ingat mungkin itu yang Allah tetapkan. Perancangan Allah itu lagi hebat.

Bye ,kita jumpa lagi di entry lain.

Oceanus Lighting Festival

$
0
0

Assalamualaikum,salam dari negeri “Bawah Bayu”. Hujung tahun nak berjalan kena lihat lokasi sebab akak penuh dengan undangan ke majlis makan malam atau undangan perkahwinan,semuanya sesi ternak lemak.


Okay ,sekarang akak nak cerita perihal pesta lampu yang heboh di Bandar Kota Kinabalu. Lokasi di Oceanus Fantasy Lighting.

Nanti detail kamu rujuk link dibawah :

Lokasi : Depan Oceanus Waterfront

Bayaran rm 5 saja ,bagi akak ianya berbaloi dengan bayaran kerana lampunya LED yang direka dengan pelbagai kreativiti yang cantik dan sangat menarik untuk difotokan sebagai kenangan.

Lihat gambar bawah.

ceritaku.my

ceritaku.my


Gambar lain kamu boleh lihat dalam album (klik SINI).

Kesimpulannya: acara ini kalau tidak silap akak ianya kali pertama dilakukan di Sabah. Sangat menarik jika ianya kekal dijadikan sebagai acara tahunan kerana ianya boleh menjanakan pendapatan peniaga kiosk yang turut terlibat di sini.

Tambahan pula lokasinya yang betul-betul ditengah Bandar Kota Kinabalu sangat strategik untuk dijadikan tarikan pelancong asing.

Lupa nak maklum,ada rumah hantu juga.

Tidak ketinggalan acara kereta permainan bagi kanak-kanak.


Kalau ada yang melawat Sabah ,boleh lah masukkan lokasi ini sebagai memenuhi malam kalian sambil berjalan di persisiran laut.

Sekian,hingga bertemu lagi.




Viewing all 345 articles
Browse latest View live