Quantcast
Channel: Ceritaku Untuk Mu
Viewing all 345 articles
Browse latest View live

Pukak

$
0
0

Assalamualaikum,salam dari kejauhan. Seperti yang akak janjikan sebelum ini,akak nak ceritakan dan kongsi beberapa lokasi menarik yang jarak orang semenanjung datang ke sini. Kebanyakan pelancong dari Korea, Taiwan dan China datang berkunjung ke sini,ada juga lah segelincir dari Eropah. 



ceritaku.my

Pukak terletak dalam Kiulu, lokasi yang terkenal sebagai water rafting. Destinasi ini merupakan tapak atau medan pertama garisan permulaan untuk water rafting. Berkaitan dengan permainan air ini,ada musim ada waktu yang sesuai untuk aktiviti ini. Bukan sepanjang tahun. Bolehlah rujuk dalam kalender pelancongan Sabah.



Scroll bawah....nampak tak atap merah tu...

ceritaku.my

Sebenarkan lokasi ini selain digunakan sebagai garisan permulaan permainan water rafting. Bumbung merah ini merupakan penginapan untuk sesiapa yang berminat bermalam disini dengan kadar harga rm5/kepala. Akak terkejut juga sebab sudah banyak kali ke sini tidak tahu pula ada lokasi penginapan ini.

ceritaku.my

ceritaku.my

ceritaku.my

Ini memang betul-betul realiti dengan tidur beralaskan buluh...ditemani dengan deretan semut. Tapi yang bestnya ada sambungan elektrik,bolehlah kamu nak caj phone jangan risau bab itu. Hanya perlu bawa bekalan makanan jika nak bermalam disini. Ada kedai runcit milik warga setempat tetapi kena keluar sikit di tepi jalan utama. Nak mudah nak senang, bawa saja beras dan mee maggi pasti boleh telan saja dalam situasi lapar.

ceritaku.my

ceritaku.my

Inilah pemandangan dari depan penginapan itu. Tandas ada,tetapi dibangunan yang berasingan. Tidak jauh,dekat tepi lokasi tidur saja. Bagi yang suka kelainan bolehlah mencuba. Datang saja sini, ada pondok depan sungai dan situlah kamu bertanya pasti kamu dilayan dengan mesra. Oklah...sekian untuk perkongsiaan kali ini. Nanti akak cerita lagi.....selamat membaca.

Monggoluton Campsite

$
0
0

Assalamualaikum dari Kiulu. Salam bermalam dari hutan. Kami bermalam di sini. Nak tahu cuba lihat dalam FB mereka MONGGOLUTON CAMPSITE. Lokasi ini terletak di Kampung Poturidung, kawasan Tamparuli. Satu kawasan perkampungan yang masih terjaga dengan situasi kampung yang sangat selesa dan nyaman.



ceritaku.my

Mulanya akak dan Abe Mat tak merancang nak bermalam disini,tapi bila dah singgah sini, rasa pula selesa dan bekal makanan basah pun ada. Akhirnya kami ambil keputusan bermalam juga di sini. Harga bermalam untuk bilik rm50 saja. Rujuk gambar di bawah. Ada kelambu lagi. Memang rasa kampung-kampung sangat. Tidur dalam kelambu. Dinding pula dari belahan buluh yang dilapisi varnis,dengan kemudahan tenaga elektrik. Bolehlah caj phone dan ada kipas juga. Hanya kena sapu krim nyamuk untuk menghalau nyamuk-nyamuk kampung..hihiii.


ceritaku.my

ceritaku.my

Jangan risau,di jalan utama akan nampak papan signboard yang menunjukkan lokasi penginapan ini. Memang melalui jalan kecil kerana ianya terletak di tanah persendirian yang berada betul-betul di pinggir sungai. Malah yang bestnya,kalau waktu kemuncak aktiviti "water rafting" kita dapat melihat mereka melakukan aktiviti ini dari pangkin depan lokasi penginapan.


ceritaku.my

ceritaku.my

Kalau nak info lanjut bolehlah klik link yang akak dah letak di perenggan pertama di atas. Yang mata terang bolehlah zoom gambar yang akak beri di atas. 

ceritaku.my

Inilah pandangan sisi bilik penginapan kami. Bangunan ini ada 2 bilik berasingan yang dilengkapi katil dan diletakkan pangkin di depan bilik. Bolehlah penginap duduk santai depan bilik sambil menikmati pemandangan sungai.

ceritaku.my

Yang best lagi,ada lokasi redup yang sesuai untuk berkhemah. Ada juga surau yang berwarna hijau,untuk kemudahan penginap muslim. Bersebelahan surau pula disediakan bilik mandi dan tandas yang siap-sedia diasingkan antara pengguna lelaki dan wanita.

Sesuailah sangat kalau nak datang riadah bersama keluarga atau,cikgu-cikgu bawa murid camping di sini.

ceritaku.my

Lupa pula nak beritahu,nak BBQ ada juga disediakan pondok atau ruangan memasak. Tapi bahan mentah bawalah sendiri. Dengan bekalan sendiri lebih menjimatkan dan lebih seronok bersantai sambil bercuti ala-ala kampung...memang kampung pun.


Ok ...akak nak jalan ke lokasi lain nanti akak cerita lagi,tetapi lokasi lain lah. Bye,selamat membaca.

Tambatuon, Kota Belud

$
0
0
ceritaku.my

Assalamualaikum, salam jelajah dari akak. Lama menyepi bukan sengaja. Almaklumlah sibuk dengan kwajipan kerja semasa. Tetapi jalan tetap akak jalan serata alam.Untuk kali ini akak nak cerita lokasi percutian menarik,nyaman dan sejuk mata memandang. Bukan kali pertama kami ke sini . ini merupakan kali ketiga kami jalan sini dan ini adalah kali pertama kami menginap dengan kadar rm50 semalaman.Dari penginapan kami boleh nampak jelas Gunung Nungkok yang sekarang sangat popular sebagai lokasi hiking kawasan Kota Belud kini.Untuk link lanjut klik Tambatuon.


ceritaku.my

Ini pemandangan dari depan lokasi kami bermalam. Seronok boleh bermain kejar-kejar,masak-memasak dan paling penting menginap dalam lokasi kampung yang nyaman dan jauh dari kebisingan bandaraya.

ceritaku.my


Jangan terkejut walau jauh ke dalam kampung ,mereka tetap menerima pendikan formal. Bagi meneruskan pendidikan ke sekolah menengah, anak-anak kampung ini akan ke Sekolah Menengah Nanaring dan menginap di asrama .

ceritaku.my


Memang sungguh tenang dan sedap memandangkan. Aliran air yang mengalir masuk ke dalam bendang. Bukan senang nak lihat pemandangan sebegini.

ceritaku.my

ceritaku.my

ceritaku.my

3 lampiran di atas akak pamerkan untuk kalian teliti dan sekiranya berminat bolehlah hubungi yang berkenaan. Akak bukannya agen,akak bantu promosi untuk sama-sama rasa seronok melancong di dalam negara.

ceritaku.my


Ini pemandangan cahaya keemasan Gunung Kinabalu pada petang kami di sana. Menurut penduduk tempatan amat susah pemandangan cahaya keemasan sebegini dapat dilihat..patutlah ramai dikalangan penduduk yang turut sama mengambil gambar bersama kami.

ceritaku.my

ceritaku.my

Kalau dah sampai kampung orang,kenalah jalan dan beramah mesra dengan penduduk setempat. Bila berjalan barulah kita dapat ambil gambar pelbagai variasi menarik,unik dan sukar dilihat masa kini.

ceritaku.my


Kena cukup berani untuk melintasi jambatan gantung ini.

ceritaku.my

Pondok kebun yang kami jumpa dihujung kampung. Lengkap ada paip air ,boleh melepaskan lelah untuk melelapkan mata di kebun. Malangnya kami tidak jumpa pemilik kebun dan pemilik pondok ini.

ceritaku.my


Ini satu lagi keunikkan yang kami jumpa. Kenal tak apa ini? Inilah benih padi atau anak padi yang disemai setempat sebelum dialihkan ke bendang teres atau bendang bertingkat.


Jangan takut ,jangan risau penduduk di sini semuanya baik dan ramah. Kami ke kebun mereka pun tanpa bantuan guide. Jalan sendiri saja,sambil bersapa dengan pekebun. Sambil mengambil mengambil gambar pelbagai lokasi menarik disini, dapat juga berkenalan dengan penduduk sini.


Jangan lupa singgah sini kalau datang ke Sabah.




Weston , Beaufort

$
0
0
www.ceritaku.my

Assalamualaikum,salam jelajah pendalaman Sabah. Lokasinya lebih kurang 100km dari Bandar Kota Kinabalu.Letaknya sepanjang Lebuhraya Pan Borneo yang sedang dalam pembinaan.


www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Sebenarnya menurut maklumat yang akak perolehi di Weston ini. Terkenal dengan produk ko-nelayan seperti udang kering,udang segar dan ikan yang pelbagai jenis.


www.ceritaku.my

Malah di penghujung kampung kami turut jumpa bangunan yang dijadikan ruang kedai untuk jualan hasil kraftangan penduduk tempatan ke pelancong dalam dan luar negara. Terdapat juga restauran yang dikendalikan oleh penduduk tempatan yang menjual menu "makanan laut" kepada pengunjung.

www.ceritaku.my

Sebenarnya untuk melihat sendiri nelayan yang pulang dari laut dengan hasil bekalan tangkapan bukan waktu tengahari. Ianya kerap berlaku di awal pagi atau kala senja menjelang. Masa ini bukan saja pemborong yang berebut untuk membeli produk segar dari laut tetapi pembeli perseorangan juga turut boleh membeli jika bekalan banyak dan mencukupi.



Kebanyakan pendudukan disini beragama islam dan berketurunan melayu-brunei. Dari segi slanga percakapan pula lebih kurang sama cara bercakap orang "semenanjung".


Itu saja buat tatapan kalian. Inshaallah akak akan tulis lagi banyak entry yang tertangguh untuk dijadikan sebagai bacaan ringan kalian. Bye!

Hari UNESCO Malaysia 2017

$
0
0

Hari Unesco Malaysia 2017, salam sejahtera dan salam jalan-jalan golek tayar dari akak. Kali ini memang akak golek tayar kebal besi akak menuju ke Kundasang. Rupanya setiap tahun dan dijadikan acara tahunan untuk Hari Unesco Malaysia ini.. Rezeki dan peluang kami jalan-jalan dan singgah lihat apa ada sekitar lokasi ekspo ini.





Wah! Rupanya pameran disini semuanya berkaitan dengan Unesco.
# Apa itu UNESCO.
#Kepentingan menjaga identiti Unesco ini.
#Jabatan yang berkaitan dengan aktiviti sambutan Unesco.
#Ada juga persembahan dari Artis jemputan di pentas terbuka dan booth.
 


                                        

Apa lagi sangat seronok para pengunjung dan pelancong yang kebetulan sambutan ini berlangsing pada 9 dan 10 september yang lepas.
Nampak juga kelibat anak-anak muda yang seronok menjawab soalan kuiz yang dianjurkan oleh booth-booth yang ada di situ.



Bagus juga Hari Unesco ini,keluarga dapat menghabiskan hujung minggu dengan aktiviti berilmu sebegini.
 Untuk pengetahuan semua lokasi sambutan hari Unesco ini dibuat di Pekan Kundasang ,bahagian kawasan lapang berdekatan dengan landmark sayur kobis. Jadi sesiapa yang singgah ke pameran ini boleh bergambar di landmark sayur kobis. Kalau rajin sikit jalan mendaki sikit di bulatan landmark lebu pula. Landamark ini melambangkan Kundasang ada lokasi pelancongan Desa Dairy Farm.
Ada 3 landmark besar yang boleh bergambar diluar kawasan pecan Kundasang. Kalau masuk dalam pecan Kundasang itu sendiri ada lagi beberapa landmark yang terdapat ditengah pecan. Jangan lupa didinding kedai Kundasang ianya dipenuhi dengan mural hasil tangan dari pelajar IPTA UNIMAS.
  Jangan bersegera beredar dari pecan Kundasang...terokailah pecan kecil ini yang jarang sekali diterjah oleh peloncong. Nikmati roti canai mamak di pecan ini. Bila selesai jalan dan bergambar barulah bergerak ke lokasi lain.
 Ok,itu saja cerita ringkas akak,kalau dating Kota Kinabalu boleh berjumpa a
kak. Assalamualikum...hingga jumpa lagi


Sosodikon Hill

$
0
0
ceritaku.my

Assalamualaikum,salam jalan-jalan cari pengalaman dari kami. Untuk trip kali ini ,akak perkenalkan lokasi latihan kuat kaki. Untuk pengetahuan kalian di Sabah, banyak lokasi yang menarik dan baru dibuka untuk peminat hiking. Ada bukit tinggi,ada yang rendah,jadi pilih saja mana-mana lokasi hiking yang kalian suka untuk mendaki di sini.

Kali ini akak bawa kalian ke Sosodikon Hill.berhampiran lokasi dengan Desa Dairy Farm masih lagi di kawasan Kundasang. Waktu yang sesuai untuk pendakian di lokasi ini ialah pada awal pagi.  Boleh lah merasa kesejukan angin dari Gunung Kinabalu. Dan paling istimewanya kalian disajikan dengan pemandangan indah Gunung Kinabalu. Dengan jujurnya kalian pasti tidak menyesal mendaki disini.

ceritaku.my

Kami ke Sosodikon Hill,pada awal tahun (rujuk gambar atas). Ketika ini lokasi Sosodikon masih dalam pembinaan. boleh rujuk gambar seterusnya di bawah. Bayangkan awal pagi kami ke sini,tiada pemandu arah dan kami sendiri yang bawa diri ke sini.Sendiri nak mendaki sendiri jujur bayar sendiri.

ceritaku.my

Mengah juga nak sampai ke puncak,walau pun puncak kecil. Tetapi puas hati dengan sajian pemandangan Gunung Kinabalu. Masa kami mendaki Sosodikon ini,tapak bangsal atau pondok rehat ini masih belum siap. Mungkin sekarang sudah cantik dan selesa berehat di sini. Memang sangat indah pemandangan sini,paling cun kalau mendaki sini bawa bersama bekal sandwich....ngam-ngam sampai terus telan makanan.....



Oklah...jom turun bukit ,kita kembali ke pangkal jalan. Hingga bertemu lagi.

DATARAN BENGKOKA

$
0
0
www.ceritaku.my

Salam kejauhan dari Sabah,salam makan angin buat semua pembaca. Terima kasih kerana membaca kisah kami. Untuk trip berjalan kali ini akak nak cerita laluan kami berdua ke Dataran Bengkoka. Terletak di Pitas,dengan jarak perjalanan selama 3 jam dari Kota Kinabalu. Keras kaki tangan kalau naik motorsikal ke sini. Lokasi ini merupakan antara lokasi pendalaman Sabah. Oleh kerana jauh jaraknya,dengan jalan yang menggoyangkan urat saraf. Akak dan Abe Mat bermalam di Kupang. Penginapan di pinggir laut tetapi tepi jalan utama.


www.ceritaku.my

Nampak tak penginapan kami di hujung tu. Bergoyang juga bilik kami bila ombak air pasang mulai memenuhi pantai. Sangat best,sebab pertama kali tidur dalam bilik yang bergoyang macam  naik sampan dipukul ombak. Yang penting lena dan nyenyak sangat sampai ke subuh.

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Inilah landmark Dataran Bengkoka. Ianya berfungsi sebagai lokasi perayaan di kawasan ini,maknanya lokasi ini tidak ramai pengunjung kecuali yang melalui jalan ini menuju ke kampung halaman atau ketika perayaan kebudayaan yang diadakan pada waktu tertentu. Jalan ini merupakan salah satu jalan yang menuju ke Tongod iaitu titik tengah bumi Sabah. Sebenarnya kami sudah singgah sini waktu malam tapi bila bergambar tidak pula nampak gambar landmark ini.


www.ceritaku.my

Ini ialah lokasi penginapan kami,dimiliki oleh orang islam dan pemiliknya merupakan penghulu kampung ini. Sangat mesra orangnya. Malah anak-anaknya ramai yang bekerja dan bermenantu orang Pantai Timur (Trengganu- Besut).

Mesti kalian tertanya-tanya ,kenapa kami ke sini. Pertama ,sebab nak kenal lokasi Pitas ini kerana kami belum pernah melalui jalan ini. Kedua,kebetulan ketika kami ke sini tengah hangat gambar landmark Dataran Bengkoka di FB,jadinya keinginan ini turut mempengaruhi kami jelajah sini. Ketiga,lokasi ini merupakan lokasi pendalaman Sabah. Tetapi ianya masih boleh dilalui oleh kenderaan ringan dan berat. 
Bye...sikit cerita kali ini,nanti akak cerita lokasi lain pula.


Sub Stesen Serinsim

$
0
0

Assalamualaikum semua...salam borneo,salam jalan-jalan negeri dibawah bayu. Kali ini akak bawa kalian kenal lokasi mandi-manda yang best sangat. Terletak di jalan atau laluan Marak -Parak iaitu jalan yang bermula dari Ranau menuju ke Kota Marudu,begitu lah sebaliknya. Taman negara sub-station Serinsim terletak di laluan ini. Lokasi ini dikawal selia oleh taman-taman Sabah. Bila dikawal oleh taman-taman Sabah,setiap pengunjung dikenakan bayaran masuk rm3 seorang. Tidaklah mahal kerananya digunakan untuk penyelenggaraan lokasi ini juga.


ceritaku.my


Lokasi ini memang terkenal juga,sebabnya selain pengunjung ke Hot Spring di Ranau ,mereka akan ke sini untuk tujuan riadah bersama keluarga. Boleh menginap di sini,tidak pula akak tanya berapa kadar harganya. Malah dibenarkan juga berkhemah atas tanggungjawab sendiri. Bila berkelah dan berkhemah sendiri bawa bekalan dari rumah dan masak bbq di sini. Untuk pengetahuan kalian kedai yang ada di sini hanya kedai runcit kampung yang tidak menjual bahan mentah untuk masakan. Akak nasihatkan jika kalian ada niat berkelah di sini bawalah siap-sedia bekalan yang sudah diperap dan nasi yang bermasak dari rumah. Sampai sini hanya bakar-bakar lauk saja. Bekalan minuman juga boleh dibeli kedai runcit kampung. Kalau yang sudah bawa sendiri lagi bagus. Ada juga penduduk menjual pisang goreng di depan pagar masuk lokasi ini. Jangan risau maggi juga ada dijual jika tidak bawa bekal.


ceritaku.my


Digalakkan datang ke sini musim panas kerana boleh bermain air,kalau musim hujan amat merbahaya kerana airnya pasang dan sangat deras.

ceritaku.my


Suasana hujung minggu di sini amat meriah kerana ramai pengunjung yang hadir dari lokasi luar daerah. Malah tidak dapat dinafikan pinggir air ini penuh dengan orang hingga sukar mencari ruang kosong untuk mencecah kaki ke air. Pastikan jika kalian ke sini dalam jadual perjalanan hanya datang sini saja untuk main air,baru puas hati datang dari jauh.


Banyak lagi gambar berkaitan lokasi ini,kalian boleh klik  SINI dan SINI.Sekian untuk kali ini ...nanti akak cerita lokasi lain pula.


Pulau Jeju 2015

$
0
0


Assalamualaikum...salam tertangguh 2015. Inilah perapan yang cukup masak dan sedia untuk dihadam dalam bacaan kawan-kawan pembaca. Akak memang suka peram entry. Maaf kekangan masa yang sibuk dengan tanggungjawab wajib menghadkan kelajuan jemari nak menulis di blog. Kali ini akak bawa kalian ke Jeju Island. Cakap Korea akak kali ini.... Untuk trip jalan kali ini akak bawa Mila,jadi kami bertiga jalan-jalan di Jeju. Dari info yang akak dapat,ketika kami ke Pulau Jeju masih belum ramai pelancong Muslim yang jalan-jalan ke sana. Mungkin atas faktor kekangan makanan halal yang agak sukar nak cari atau dapatkan.

ceritaku.my


Biasalah bawa budak,jadilah budak-budaklah kami berdua melayan Mila nak juga bergambar dengan beruang. Nasib baik patung saja,kalau bebetul langkah seribu pun belum cukup nak lari menghilangkan diri. Maaflah kalau cerita lompat-lompat katak,sebab banyak sangat idea datang dan semua nak ditaip dalam entry kali ini. Muzium beruang ini merupakan tarikan yang ditujukan buat kanak-kanak. Seronok wei! macam-macam saiz beruang boleh tengok dan bergambar.
au pun musim sejuk. Tapi berbanding negara kita memang lah sejuk juga di sini.

ceritaku.my

Nah! akak bagi sijil lagi yang membuktikan ini satu daya penarik buat pelancong datang ke Pulau Jeju. Bagi akak di Pulau Jeju ini banyak lokasi yang dibina semata-mata nak digunakan sebagai daya tarikan pelancong datang singgah dan kenal Pulau jeju ini.

ceritaku.my

ceritaku.my



Dalam banyak tempat yang kami jalan di Jeju,akak rasa sangat seronok di muzium coklat ini. Memanglah masuk sini kena bayar tetapi return pula sebab kami dapat baucher untuk beli coklat. Bila dikira secara kasar macam untung jerrrr.....

ceritaku.my


Kalau tak KPOP bukan korea tau! Tengoklah betapa seronoknya kami KPOP di sini. Gambar lain kena simpan agak peribadi dengan aksi over KPOP.

ceritaku.my

Sebelum pembaca tanya akak,akak nak beritahu kami sewa kereta di sini. Jadi bolehlah terjah mana-mana lokasi yang kami suka. Pastikan ada lesen memandu antarabangsa untuk menyewa kenderaan di sini,juga memandu di sebelah kiri dan haluan berbeza. Tapi sebenarnya bila dah memandu tidaklah kita merasa kekok pun. Sama saja memandu seperti tempat kita,walaupun driver duduk sebelah kiri. Kami sewa kereta Kia Picanto. Best juga wei...memandu kereta jenama Korea di negara Korea.

ceritaku.my

Ini pula lokasi kami beradu. Kami rebus telor yang  dibeli dekat pasar. Nasi kami beli di 7 Eleven berdekatan dan minta pekerja panaskan. Maklumlah....semua tulisan Korea huruf apa pun, akak tak kenal juga tidak faham,balik Malaysia kena belajar tulisan Korea pula. Kami juga bawa bekal serunding daging untuk Mila makan tapi semua makanan dimakan oleh Mila. Syukur ,senang bawa berjalan.

ceritaku.my


Ini sebahagian gambar kimchi dan menu makanan yang dijual di pasar berhampiran. Maaflah akak tak cuba pun membelinya. Sebab....kami jalan sendiri tiada pemandu pelancong yang boleh ditanya. Kami tanya dengan penjual...pun tiada yang faham apa yang kami tanya. Akak pun tak faham juga apa mereka cakap. Jujur akak nak beritahu,seronok mereka melayan karenah kami...mereka yakni penjual ini memang ramah ,malangnya bahasa yang membataskan jarak komunikasi kami.

ceritaku.my

ceritaku.my

ceritaku.my

Kalau di Malaysia macam perkara saja kalau tengok matahari terbenam. Tetapi bila dah menjadi pelancong di negara orang nak juga berlagak sebagai pelancong....tengok jugalah matahari terbenam di Seogwipo.

ceritaku.my

ceritaku.my

Seogwipo merupakan pelabuhan marin selatan yang popular di Jeju ini. Lokasinya yang strategik dengan pemandangan laut luas lagi cantik. Memang satu tarikan indah untuk menyaksikan keindahan alam juga merakam gambar kenangan di sini. Jangan lupa masukkan nama lokasi ini dalam list kalian. Juga klik link yang akak sertakan di dalam entry ini untuk maklumat lanjut.


ceritaku.my

Puas melihat pembangunan kami melawat juga kebun buah oren. bolehlah makan buah oren korea yang manis serta sedap.

ceritaku.my

Alamak...banyak tempat jalan...akak lupa apa nama lokasi ini. Malas nak buka jurnal yang akak tulis sepanjang berjalan di Korea.

ceritaku.my

ceritaku.my


ceritaku.my


Janji lokasi yang boleh terjah ,kami okay saja...maklumlah kami ini pelancong. Kami juga pemandu pelancong sendiri. Nampak orang bergerak ke lokasi yang agak menarik kami pun turut serta,yang penting kami tidak sesat dan masih boleh enjoy pengembaraan kami.

ceritaku.my

ceritaku.my

ceritaku.my

ceritaku.my


Jangan tanya apa nama makanan,akak nampak sedap. 

ceritaku.my

ceritaku.my

ceritaku.my

ceritaku.my

ceritaku.my

Bagi kalian yang nak ke Jeju Island boleh klik SINI....SINI....SINI

ceritaku.my

Inilah nasi korea yang siap masak dan kami dah panaskan. Mila nak makan dengan telor Korea.

ceritaku.my

Ini pula ketika pemilik penginapan kami ada acara makan malam sempena tahun baru. Ini aktiviti permainan yang mereka lakukan sebelum makan malam. Bagusnya mereka menjemput kami makan bersama. Iya...kami menerima pelawaan mereka dan makan buah saja.

ceritaku.my

Okay Mila...dah sedia nak sarapan...lepas ini. Akak akan cerita lokasi lain pula.


Hingga bertemu...lagi...dan lagi...

45 ekor rm10 Udang celup tepung

$
0
0
www.ceritaku.my

Na......na.....na....Ganu kite! Assalamualaikum dari Trengganu akak bersiaran. Lama wei  dok mari derak aloh Ganu ni...banyok ngat pembaharuan. Mujur dop sesat. Ok...tulis bahasa melayu standard nanti ada yang minta gadis google terjemah....pilu lahhh... TIADA DALAM PERKHIDMATAN. Baca menu sedap di gambar....

www.ceritaku.my

Lokasinya akak terjah di tepi pantai Penarik,banyak deretan kedai yang ada di sepanjang pantai. Pilih saja yang menjadi rezeki perut kamu. Akak dan Abe Mat berhenti kedai ini. Kami bermotorsikal dari Kelantan ,jauh tau ke negeri jiran kami Trengganu. Panas akak redah semata-mata nak merasa kehebatan  udang celup tepung yang VIRAL itu. Iklan tertulis 45 ekor udang dengan harga rm10 /sepinggan. Jangan sesekali kalian tanya akak kira ke ,berapa ekor dalam pinggan tu! Tidaklah akak mengira...dik oiiii. 

www.ceritaku.my

Depan kedai ini ada buaian,masih boleh dicantikkan lagi dengan percikan cat yang warna terang untuk menjadi lokasi ini lebih VIRAL. Dan akak tidaklah bergambar di panas mentari itu. Nanti hitam kulitku yang sawo matang ini.

www.ceritaku.my

Ini gambar luar negeri...ialah akak duduk di Kelantan. Gambar ini diambil di Trengganu,Pantai Penarik....maknanya ia di luar negeri Kelantan....maaf lawak . Dihujung pantai atau ditanjungnya ada 2 buah rumah yang sangat cantik. Maaf tiada gambar,hak peribadi nak tahu cantik atau tidak kenalah datang sini.

www.ceritaku.my

Taraaaa....inilah uadang celup tepung yang VIRAL tu. Jangan kira dapat saja udang ini terus cicah dan kunyah serta telan. Puas hati. Datang dari jauh semata-mata nak telan udang.

www.ceritaku.my

Tak cukup dengan udang akak order pula ikan. Harga ikan bergantung pada saiz ikan itu. Ini harganya rm3 seekor. Ikan yang segar digoreng celup tepung dan makan pula dibawah pokok kelapa. Paling best Abe Mat bayar...sangat puas hati dan kenyang.





Bye ..hingga jumpa lagi.

Stesen keretapi Red Fort

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca. Selamat tahun baru. Untuk pertama kali tahun 2018 ini akak kongsi video pendek. Dah tengok belum? Mesti tengok baru seronok nak baca cerita akak seterusnya.





Subuh 

Sangat mencabar ketika ini. Maklumlah pepagi buta dah dengar teriak hon keretapi yang kuat. Kejadian berlaku lebih kurang jam 5 lebih. Pagi.

Bukan setakat keretapi yang teriak hon. Yang melintasi landasan itu paling kuat suara teriak. Tahu pula takut kena langgar keretapi. 

Lokasi 

Kejadian ini berlaku di stesen keretapi Red Fort. Stesen ini merupakan stesen keretapi yang menghubungkan Agra dengan Jaipur. Jadinya sesiapa nak ke Jaipur kena naik di sini. Akak nak beritahu kalau nak ke Jaipur keretapi terawal jam 5 pagi. Jadi penumpang kena datang awal sejam dari waktu operasi. Kebetulan pula keretapi yang kami nak naik ini lewat 1 jam dari jadual asal. 


Jejantas 

Untuk pengetahuan kalian, sebenarnya ada jejantas untuk penumpang menyeberang antara satu terminal/pintu berlepas. Pihak berkenaan sudah menyediakan kemudahan jejantas bagi kemudahan pergerakan penumpang antara setiap terminal. 


Sikap 

Sikap tidak mahu susahkan diri, maksud akak mereka tidak mahu menggunakan jejantas yang tersedia untuk ke terminal di depan mereka. Tindakan mereka ini bukan saja merbahaya pada diri sendiri tetapi juga akan menyukarkan pihak berkenaan jika berlaku kecelakaan di kawasan ini. 

Tip travel

Akak kongsi tip travel,ketika berlaku di sini Red Fort Stesen. Pastikan kalian menjaga beg kalian,dan jangan sesekali tinggalkan beg tanpa pengawasan. Bawa air mineral yang secukupnya untuk minuman sepanjang perjalanan atas keretapi. Pastikan juga tiket keretapi tersimpan rapi dalam poket kalian. Jangan lupa sanitizer sepanjang pergerakan kalian di India,banyak kegunaannya. Oooo...bekalan seperti kekacang,minuman manis pun diperlukan kerana dikhuatiri kita lapar bila melihat penumpang lain membeli makanan didalam keretapi. Kalau kalian nak membeli makanan dari penjaja atas keretapi boleh saja,dipersilakan.


Sekian saja perkongsian pendek akak bagi edisi terjah India kali ke 2. Akak jelajah India kali pertama tahun 2014 dan ini merupakan video terkini 2017 yang baru sangat akak selesai. Inshaallah akak akan kongsi lagi.


Hounon Ridge Farmstay & Camping

Stesen keretapi Red Fort

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca. Selamat tahun baru. Untuk pertama kali tahun 2018 ini akak kongsi gambar kejadian. Mesti tengok gambar baru seronok nak baca cerita akak seterusnya.






Subuh 

Sangat mencabar ketika ini. Maklumlah pepagi buta dah dengar teriak hon keretapi yang kuat. Kejadian berlaku lebih kurang jam 5 lebih. Pagi.

Bukan setakat keretapi yang teriak hon. Yang melintasi landasan itu paling kuat suara teriak. Tahu pula takut kena langgar keretapi. 

Lokasi 

Kejadian ini berlaku di stesen keretapi Red Fort. Stesen ini merupakan stesen keretapi yang menghubungkan Agra dengan Jaipur. Jadinya sesiapa nak ke Jaipur kena naik di sini. Akak nak beritahu kalau nak ke Jaipur keretapi terawal jam 5 pagi. Jadi penumpang kena datang awal sejam dari waktu operasi. Kebetulan pula keretapi yang kami nak naik ini lewat 1 jam dari jadual asal. 


Jejantas 

Untuk pengetahuan kalian, sebenarnya ada jejantas untuk penumpang menyeberang antara satu terminal/pintu berlepas. Pihak berkenaan sudah menyediakan kemudahan jejantas bagi kemudahan pergerakan penumpang antara setiap terminal. 


Sikap 

Sikap tidak mahu susahkan diri, maksud akak mereka tidak mahu menggunakan jejantas yang tersedia untuk ke terminal di depan mereka. Tindakan mereka ini bukan saja merbahaya pada diri sendiri tetapi juga akan menyukarkan pihak berkenaan jika berlaku kecelakaan di kawasan ini. 

Tip travel

Akak kongsi tip travel,ketika berlaku di sini Red Fort Stesen. Pastikan kalian menjaga beg kalian,dan jangan sesekali tinggalkan beg tanpa pengawasan. Bawa air mineral yang secukupnya untuk minuman sepanjang perjalanan atas keretapi. Pastikan juga tiket keretapi tersimpan rapi dalam poket kalian. Jangan lupa sanitizer sepanjang pergerakan kalian di India,banyak kegunaannya. Oooo...bekalan seperti kekacang,minuman manis pun diperlukan kerana dikhuatiri kita lapar bila melihat penumpang lain membeli makanan didalam keretapi. Kalau kalian nak membeli makanan dari penjaja atas keretapi boleh saja,dipersilakan.


Sekian saja perkongsian pendek akak bagi edisi terjah India kali ke 2. Akak jelajah India kali pertama tahun 2014 dan ini merupakan video terkini 2017 yang baru sangat akak selesai. Inshaallah akak akan kongsi lagi.


Brunei , Negara kecil tetapi KAYA

$
0
0
www.ceritaku.my
Jambatan Persahabatan Brunei dan Malaysia

Assalamualaikum...dari Negara Brunei. Akak bermotor saja datang ziarah jiran kita.

Brunei

Umum sudah sedia maklum,bahawa negara ini kecil saja tetapi merupakan negara yang sangat KAYA dengan hasil petroleum. Malah dilaporkan bahawa pengeluaran atau penghasilan minyaknya melebihi dari separuh KDNK negaranya. Menurut catatan di laman sesawang Negara Brunei ini merupakan ,negara yang ketiga terbesar di Asia Tenggara bagi pengeluaran petroleum.

www.ceritaku.my
Papan tanda menuju ke Negara Brunei
Sumber ekonomi

Memang umum sedia maklum,Negara Brunei ini mendapat hasil negaranya melalui minyak,dan gas asli. Malah Negara Brunei ini menggalakan pelaburan asing ke negaranya.Bagi simpanan asing Negara Brunei yang kaya ini,ianya diuruskan oleh Agensi Pelaburan Brunei.

www.ceritaku.my
Istana Nurul Iman Brunei
Istana Nurul Iman

Istana ini merupakan kediaman rasmi Sultan Brunei. Ianya merupakan kediaman yang sangat besar dengan kapasiti 1,788 bilik dan 257 bilik mandi,serta dilengkapi dengan sebuah dewan besar yang mampu menampung 5000 tetamu.

Tahukah kalian,menurut catatan Istana Nurul Iman ini merupakan kediaman yang paling besar di dunia.
www.ceritaku.my
Maaf tak ingat nama lokasi tetapi di tepi sungai
Daerah-daerah di Brunei

Brunei dibahagikan kepada 4 buah daerah saja: Belait , Tutong , Brunei Muara dan juga Temburong.
Walaupun 4 daerah saja,akak belum sepenuhnya jelajah negara yang kaya ini. Pasti kalian terpegun jika datang sini,apa tidaknya rumah-rumah kediaman yang besar dan unik reka bentuknya.

www.ceritaku.my
Masjid di tengah bandar Seri Bengawan
Apa yang pasti,akak tidak puas dengan one day trip ke Brunei ini. Tapi disebabkan oleh faktor kekangan masa,penjelajahan di Brunei tamat di sini saja. Harapan akak ...nak jejak lagi kaki ke Negara kaya ini masa akan datang. Sekian ,hingga kita bertemu lagi.

Murut Cultural Centre

$
0
0
ceritaku.my

Pusat Kebudayaan Murut

Hello semua,akak sekarang di Tenom. Kami jalan-jalan mengenali sejarah dan kehidupan masyarakat suku kaum Murut. Lokasinya di Tenom. Untuk pengetahuan kalian penubuhan pusat ini adalah dari cetusan idea mantan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Sabah ketika itu YB. Datuk Kadoh Agundong.


Projek pembinaan lokasi ini dibiayai oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Sabah. Tahniah buat pihak berkenaan kerana sangat positif dalam menjaga dan memperkenalkan sejarah dan bangsa murut. 


ceritaku.my

ceritaku.my

ceritaku.my

Kebudayaan

Kalau kalian sampai di Tenom,pasti kagum dengan variasi kebudayan unik di sini. Majoriti masyarakat sini adalah dari suku murut. Di Tenom terdapat beberapa suku Kaum Murut iaitu suku Murut Tagol yang menetap dan tinggal di kawasan Kemabong, Tomani dan Rundum manakala suku Kaum Murut Timugon tinggal atau menetap berhampiran dengan kawasan pekan dan di Mukim Melalap, Mandalom Entabuan. 

Pelbagai kebudayaan suku kaum kita dapat lihat disini. Antaranya Tarian Lumigo dan Ansayau kebiasaannya ditarikan ketika menyambut tetamu. Selain daripada itu, terdapat juga tarian daripada suku kaum yang lain seperti Kadazan/Dusun, Lundayeh Cina. Pelawat seperti kami akan berpeluang untuk menyaksikan tarian-tarian ini terutamanya sekali pada musim Perayaan Pesta Kaamatan.Sayangnya ketika Keamatan ini kami selalunya pulang ke semenanjung bercuti. 


ceritaku.my


Kami untung,sebab sebelum mengakhir lawatan di pusat ini. Kami dipelawa melihat secara dekat tarian kebudayaan yang dipersempahkan di sini. 

Seronok wei...live . Nasib baik akak tak turut menari sama atas pentas. Ok lah...akak tinggalkan kalian santai-santai membaca di sini. Nanti akak cerita pengalaman jalan lokasi lain pula.


Assalamualaikum..

Hokkaido , Jepun

$
0
0
www.ceritaku.my

Assalamualaikum,salam sejuk dar Hokkaido / Sapporo ,Jepun. Kali ini akak sambut dan beri sokongan padu kepada Penerbangan Antarabangsa Negara kita iaitu AirAsia dengan membeli tiket penerbangan pertama pelancaran Syarikat Penerbangan AA ke Hokkaido, Jepun. Ini merupakan julung kalinya penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Hokkaido, Jepun.  Kebetulan pula ketika itu Jepun khususnya Hokkaido ,musim sejuk.

www.ceritaku.my
Otoru

Hokkaido


Seperti yang kalian sedia maklum, Hokkaido ini merupakan Pulau yang paling utara di Jepun. Ianya juga merupakan pulau kedua terbesar tapi kurang dibangunkan berbanding dengan 4 pulau yang lain. Nama lain bagi Hokkaido ialah : Ezo , Yezo , Yeso , atau Yesso Hokkaido


www.ceritaku.my

Geografi

Kalau dari segi kedudukan geografi/ dalam peta dunia. Hokkaido ini sangat hampir dengan Negara Rusia. Bandar-bandar utama termasuk Sapporo dan Asahikawa di rantau tengah dan pelabuhan Hakodate menghadap Honshu .


www.ceritaku.my
Otoru

Cuaca / Iklim


Kalau kita nak berjalan ke negara orang,kita perlu peka dengan keadaan sekeliling dan cuaca/iklam semasa kita berada di sana.Kebetulan pula kami jejak kali di Sapporo ini cuacanya sejuk. Tahukah anda lokasi ini mengalami 6 bulan cuaca sejuk. Hokkaido tidak terjejas dengan musim hujan.


Paling penting dan menjadi kegilaan serata dunia ...tarikan Hokkaido ialah Festival Salji Sapporo.


www.ceritaku.my
Otoru
Senarai bandar utama di Hokkaido 




www.ceritaku.my
Bandar utama - Hokkaido
Trip Kakmahh dan Abe Mat


Kami ke Sapporo pada November 2015. Perjalanan terus dari Kuala Lumpur ke Sapporo. Kiranya ini family trip & friend trip. Penerbangan kami ketika itu D7550 macam plate Kelantan pula. Waktu bertolak dari Kuala Lumpur ialah jam 11.00 malam dan kami tiba di Sapporo jam 8.00 pagi (waktu tempatan). Lama juga kami atas kapal 7 1/2 jam. 

Beza masa


Antara Malaysia dan Sappora beza masanya hanya 1 jam saja. Jangan mengada-ngada nak menambah masa. Bila beza masa tak lama ,senang nak kira dan agak waktu solat.



www.ceritaku.my

www.ceritaku.my
Sapporo

www.ceritaku.my
Sapporo

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Hotel 


Kami menginap di Toyoko Inn,berhampiran dengan Universiti. Kami terpisah dengan group kawan yang satu lagi,tetapi tetap bergerak melawat lokasi seperti Odari Park dan Otoru. Tidak banyak lokasi kami...melawat. 

Apa yang menariknya ,setibanya kami di Sapporo terus kami ditemu-ramah oleh sebuah televisyen tempatan - tajuknya mengenai penerbangan secara langsung KL- Sapporo buat pertama kalinya. Nasib baiklah kawan kami itu mahir bertutur berbahasa jepun. 


Suhu pula ketika itu mencecah -3 ,tetapi masih tidak ada salji lagi. 


Makanan

Selalunya kalau bab makanan ini ,akak tidak kisah sangat. Maksud akak kiranya ada roti atau buah-buahan dah cukup untuk alas perut.Kebetulan pula ketika trip kali ini akak bawa si Mila,jadinya akak bawa nasi segera yang perlu dipanaskan saja. Sekadar untuk si kecil alas perut. Selebihnya kami makan roti dan buah-buahan.


Tips travel dan kesihatan

1. Pastikan bawa pakaian yang sesuai dengan cuaca tempatan.
2. Bawa secukupnya makanan segera dari negara kita bagi alas perut si kecil.
3.Bawa sarung tangan kerana ketika musim sejuk tangan terdedah kepada pelbagai kegunaan untuk semua aktiviti.
4.Bawa setokin lebih dari 2 helai,kalau masih tidak cukup bolah dibeli di pasaraya tempatan.
5.Yang bertudung ,bawa lebih sehelai tudung,jangan lupa bawa mafla untuk lilit leher. Sebab angin sejuk akan tembus menikam muka,dan leher serta tangan yang terdedah.




Oklah cukuplah entry Jepun,dah terlalu panjang,nanti ada yang tengok gambar saja ni. Yang nak detail pm akak tau!

Sambal bambangan

$
0
0
www.ceritaku.my
Buah bambangan yang sudah dikupas


Assalamualaikum... kali ini akak nak kongsi dengan kalian resepi enak dan menyelerakan untuk santapan kalian. Pastinya sangat sedap untuk peminat sambal resepi asli menu tempatan khas dari Sabah.

www.ceritaku.my
Buah bambangan yang berkulit

www.ceritaku.my
Sambal bambangan


Bahan-bahannya:

1. Buah bambangan - ikut suka nak buat banyak mana. Ditumbuk kasar
2. Cili padi -  ikut betapa pedas kita nak makan. Ditumbuk kasar.
3. Ikan masin - digoreng terlebih dan ditumbuk kasar.
4. Gula - ikut sesedap rasa.


Sudah ada semua bahan di atas. Mari baca cara membuatnya :

1. Kita proses buah bambangan dahulu . Pastikan buah dikupas buang kulitnya serta dicincang halus. Selesai, buah ketepikan. (Akak tumbuk kasar saja buah ini.)

2. Goreng garing ikan masin (ikan kuantiti -ikut sesuka hati kamu -gunanya sebagai ganti garam untuk masin).

3.  Tumbuk cili padi .

4. Semua bahan yang selesai ditumbuk atau cincang digaul sebati dan dicampurkan gula bagi mengimbangi rasa.



Senang resepi ini. Kalau sesiapa yang tahan boleh makan begitu saja. Bagi akak sedap dimakan dengan nasi putih yang panas-panas serta ulam timun. Kiri - kanan tak toleh dah. Sampai nasi habis.


Info mengenai buah bambangan:

1. Mampu merawat kanser payudara ,kalian boleh klik LINK INI. Dalam blog kawan akak ini sudah diceritakan dengan detail. Rajin-rajinlah membaca di link diatas.


2. Selain itu rahsia kehebatan buah ini turut mendapat liputan akhbar tempatan , KLIK SINI.


3. Tahukah kalian buah ini boleh 
dibuat JERUK. Resipi jeruk BAMBANGAN.



Kesimpulannya:

Setiap buah-buahan atau herba atau sayuran ada kehebatan dan khasiat tersendiri. Makanlah jika kita mampu makan,kerana  kesihatan itu penting dalam kehidupan kita.



Bye akak...permisi nak makan nasi dengan sambal bambangan ni. Kita jumpa lagi.





Buah dabai

$
0
0
Buah dabai




Assalamualaikum. Tengok ...apa yang akak jumpa di Tamu Tuaran. Mula-mula ingat ini buah kelapa sawit. Rupanya ianya ialah buah dabai. Asal buah ini dari Sarawak. Peniaga Tamu Tuaran memajak / membeli borong durian dan buah dabai dari Lawas. Lalu dijual ditamu sekitar Kota Kinabalu.

Rupanya untung besar juga berniaga buah dabai ini. Nak tahu cerita KLIK SINI.


Info berkaitan buah dabai:

1. Asal dari Sarawak . Boleh juga dibeli di Miri ,lokasi yang paling dekat dengan Sabah.

2. Buah dabai dikategorikan antara 10 jenis buah yang popular di Tamu Sarawak. Kalian boleh baca di LINK ini.

3. Buah dabai ini merupakan makanan kegemaran suku Iban . Malah jika di Kapit,Sarawak dikatakan dabai dari bumi itu sangat enak dan berlemak.

4. Untunglah sesiapa yang dapat merasa makan buah dabai ini. Kandungan antioksida dalam buah ini sangat berkhasiat utk kesihatan badan. Begitu juga dengan sumber protein seperti potassium dan kalsium dalam buah ini.


5. Nama lain bagi buah dabai ialah Sarawak Olive.




*Akak tak pernah makan lagi buah dabai ini. Tetapi Abe Mat dah makan buah ini. Katanya sedap.
*Hasil dari temuramah dengan penjual di Tamu...rupanya senang sangat nak memasak buah dabai ini.

Cara masak buah dabai :

*Buah dabai dicuci bersih terlebih dahulu hingga bersih. Rebus hingga mendidih, dan toskan. Ada juga hanya disirami air panas saja buah dabai ini sudah boleh dimakan.

*Untuk lebih sedap buah dabai ini dimakan dengan kicap. Kalau orang Semenanjung buatlah sambal kicap Johor.

*Boleh dimakan dengan kulitnya sekali. Atau dikupas kulitnya.


Kesimpulan

Rasa buah dabai ini berlemak dan sedap - menurut Abe Mat. Bolehlah mencuba makan buah ini. Sebab bukan senang nak menikmati buah yang bermusim ,hanya yang bernasib baik saja boleh makan yang unik dan sedap.



Sekian....selamat mencuba resepi atau makan unik dilokasi anda.

Tamu Tuaran, Aneka produk kampung sedia untuk dibeli

$
0
0
www.ceritaku.my
Ayam hidup
 Assalamualaikum semua. Salam membeli-belah dari Tamu Tuaran. Baiklah sebelum kalian tertanya-tanya. Akak nak beritahu pembaca sekalian setiap lokasi di pekan-pekan atau bandar utama di Sabah ini ada Tamu. Kalau di Semenanjung kita bagi nama Pasar Pagi atau Pasar minggu.


Kali ini akak belanja kalian dengan pelbagai gambar menarik yang sempat akak ambil semasa hujung minggu lepas sekitar Tamu Tuaran. Lebih kurang 20km rumah sewa akak ke Tamu Tuaran. Kami naik motorsikal saja. Awal kami turun dari rumah sekitar pukul 7.30 sudah kami sampai di Tamu Tuaran.

Ayam hidup antara produk kampung yang menjadi jualan di tamu.

www.ceritaku.my
Bambangan dan sayur-sayuran
 Aneka buah-buahan dan sayuran boleh dibeli sini. Bak kata mereka...sayur kampung jaa.

www.ceritaku.my
Katak taiwan
Ini pula produk eksotik makanan suku kaum sini. Katak Taiwan nama diberi. Ada yang siap dipotong,kiranya balik rumah terus bikin gorengan kicap atau sup. Nyummyy....

www.ceritaku.my
Tuhau
Tuhau. Siapa yang datang Sabah boleh merasa sambal tuhau,serunding tuhau. Sedap. Akak suka ini. Jangan kamu pelik kerana orang Sabah sendiri ada yang tidak makan tuhau. Tuhau ini ada sedikit bau yang kurang enak jika tidak pandai / tidak kena cara memasaknya.

www.ceritaku.my
Buah dabai
Buah dabai,kalian rujuk entry ini


www.ceritaku.my
Buah bambangan


Buah bambangan antara buah unik yang terdapat di Sabah. Boleh kalian baca di blog akak juga. KLIK SINI. Bagi yang sudah membaca resepi bambangan ,boleh segera terbang ke Sabah sekarang sebab Bambangan sedang berlambak di Tamu.

www.ceritaku.my
Durian dalit
www.ceritaku.my
Durian dalit
Inilah antara uniknya Tamu seluruh Sabah,sebab kita boleh menikmati hasil alam semula jadi dengan harga murah di Tamu. Nak makan apa saja terlintas di fikiran,carilah di Tamu pasti dapat apa yang diidamkan.

Durian dalit kali ini,akak jumpa yang berwarna kuning. Yang pernah akak makan sebelum ini yang berwarna merah.

Apa rasanya? Rasa durian juga,ianya tidak manis dan kurang berlemak. Durian ini hanya ada di Tanah Borneo khususnya Sabah. Durian ini antara durian yang diminati kerana ianya sukar didapati.

Harganya sekitar rm10-15/kg.


Saiznya ...jangan terperanjat hanya sepenumbuk kamu saja. Okay...genggam penumbuk. Itulah saiz durian dalit dan walau pun kecil,ianya tetap ada isi. Contoh lihat gambar diatas.


www.ceritaku.my

Yang ini jangan sesiapa tanya akak. Sebab akak tak sempat nak bertanya pada makcik yang menjual kerana dia sibuk dengan panggilan menjawab panggilan telepon. Akak tanya kawan sabah pun mereka tidak boleh menjawab.


Kesimpulan


Datanglah melawat Sabah ketika musim buah,pasti perut kalian penuh dengan aneka buah-buahan yang sedap. Apa yang penting ianya masih murah kerana harganya masih mampu kita membelinya.



Selamat menikmati ....lampiran bergambar diatas.

Terowong Sepanggar

$
0
0
www.ceritaku.my



Info

Terowong  Sepanggar ini sepanjang 600 meter saja. Tapi inilah terowong yang pertama di Sabah.

Projek pembinaan terowong ini menelan belanja sebanyak RM81.5 juta,termasuk 2.5 km laluan empat lorong dua hala.

Pembinaan terowong ini telah memendekkan jarak antara Pelabuhan Sepanggar dan Bandar Kota Kinabalu. Cepat,berbanding sebelum ini.

Sebenarnya pembinaan terowong ini memakan masa selama 56 bulan.Tahun 2011 pembinaan dimulakan dan Jun 2015 siap.

Projek ini diselia oleh Pihak Berkuasa Pembangunan dan Pelaburan Sabah (SEDIA) serta dilaksanakan oleh Syarikat pembinaan Azam Jaya Sdn. Bhd.


Sumber Ekonomi

Pembinaan terowong ini dikatakan mampu melonjak kenaikan sumber ekonomi negeri Sabah,kerana ianya menghubungkan laluan utama terus ke Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP).

Faktor penjimatan masa,kos perjalanan secara tidak langsung ianya merangsang perkembangan kondusif ekonomi negeri Sabah.


Kesimpulan


Pembinaan terowong ini memberi manafaat kepada 5 kampung di sekitarnya,kerana jarak perjalanan dapat dijimatkan sebanyak 15 minit untuk menuju Bandar Kota Kinabalu.

Selain itu,terowong ini juga merupakan laluan alternatif ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia dan Cement Industri Sabah.


Di Sabah,rata-rata kami sebagai penduduk setempat akan mencari dan menggunakan jalan alternatif dan kurang kesesakkan untuk sampai ke sesuatu destanasi.


Terima kasih Kerajaan Malaysia kerana memberi kemudahan kepada Sabah.


Viewing all 345 articles
Browse latest View live