Assalamualaikum... akak nak belanja gambar sekitar gambar perkahwinan antara 2 lokasi negeri yang agak jauh iaitu Kelantan si pengantin lelaki dan Sabah si pengantin perempuan. Jangan tanya lebih akak pun tak pandai mengenai adat mereka ini.
Perkahwinan mereka dilakukan mengikut adat bajau darat yang lokasinya terletak di Kampung Labuan dalam daerah Kota Belud.
Pasangan merupakan pendidik yang baru saja berkhidmat. Pengantin lelaki merupakan anak kepada kawan lama suami akak. Kiranya perkahwinan ini merupakan reunion Abe Mat bersama rakannya yang hampir 30 tahun tidak berjumpa.
Info perkahwinan
Setiap lokasi di Sabah ini,wang hantaran pengantin ada lah berbeza.
Malahan wang hantaran tersebut diberikan berdasarkan tahap pendidikan si pengantin atau harta kekayaan keluarga pengantin.
Kalau di Kota Belud ini penduduk kaya dengan peliharaan kerbau. Jadi ketika majlis perkahwinan tersebut menu utama adalah daging kerbau yang dimasak dengan pelbagai jenis. Antaranya daging kerbau masak kari dan daging kerbau masak cili.
Malah ketika syok-syok makan terkejut akak dek bunyi mercun. Macam mercun perayaan CNY .
Bagusnya, tempat makan lelaki dan perempuan diasingkan.
Kesimpulan
Setiap lokasi mempamerkan adat dan budaya unik setempat. Bertuahnya kita dapat hidup dalam masyarakat yang pelbagai kaum.
Sekian.