Assalamualaikum dan salam sejahtera buat teman pembaca sekalian . Kali ini saya nak ceritakan serba ringkas cara kami meneroka bumi borneo khususnya , Sabah .
Budget sikit saja kena catu . Jadi percutian pun ala-koboi . Makan tetap makan tapi biasalah kalau berjalan keutamaan pada makan sekadar mengalas perut kosong agar tidak masuk angin .
Lupakan bab makan nanti entry akan datang saya upload menu makan sepanjang percutian CNY yang lepas.
Kali ini saya pamerkan hotel kami (lihat gambar atas) kiranya mewah. Ada toto sebagai alas badan, bantal buat pelapik kepala . Tidak lupa selimut untuk menutupi badan dari kesejukan. Kenapa begini ? Hotel penuh . Maklumlah CNY . Kami dah cari beberapa hotel malangnya tiada kekosongan bilik. Ada hotel budget tapi kurang enak bau persekitaran langsung kami bina hotel sendiri.
Lokasi kejadian di Kudat . Mesti ada dikalangan pembaca terdetik dalam hati kenapa tidak buat tempahan awal. Bagi rakan yang mengenali akan sedia maklum kerana kami ini pelancong yang bergerak mengikut situasi. Kami ada plan atau rancangan a,b,c malah boleh bertukar rancangan hingga z . Tetapi pembaca kena ingat bila berjalan perlu ada pelbagai rancangan ,jangan sesekali tiru gaya kami . Sebab kami ini pelancong yang budget ciput . Bye nanti jumpa lagi .