Quantcast
Channel: Ceritaku Untuk Mu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 345

Kellie's Castle,Batu Gajah Perak

$
0
0
www.ceritaku.my

Assalamualaikum...salam mesra buat semua pembaca. Kita masih di istana lama kediaman encik Smith sekeluarga. Kali ini saya nak paparkan secara ringkas gambar yang diambil semasa berada di kediaman mewah ini. Bagi saya kediaman ini memang mewah. Maklumlah lengkap dengan gelanggang tenis seperti yang kalian lihat pada gambar atas dan bawah ini.

www.ceritaku.my

Pandangan gelanggang tenis dari atas.Hebat sangat,di era tahun 1900-an sudah ada bangunan kediaman mewah ini di Tanah Melayu.


Ini pula bilik utama kediaman encik Smith. Besar tinggi pula atap rumahnya,masuk saja ke bilik ini terasa berada di zaman encik Smith pula.Mungkin sekarang kediaman ini dikenali dengan nama Kellie's Castle tetapi pada waktu dahulu ianya juga digelar dengan nama Folly Kellie

www.ceritaku.my

Menurut sejarah...katanya dari laluan ini keluarga Smith boleh terus nampak kandang kuda yang di hujung pokok bertanah/berumput hijau itu.


Laluan ke terowong yang menembusi ke estet milik keluarga Smith. Jangan  tanya saya masuk atau tidak.? Tengok saja dah seram sejuk... Abe Mat dah menghilang,baca pula sejarah kediaman ini yang dikatakan berhantu ermmm...mulalah meremang bulu roma.


Sebenarnya bangunan kediaman sangat besar,cantik dan unik senibinanya. Malangnya ia tidak dapat disiapkan dengan sempurna kerana keluarga ini mengalami masalah kewangan ketika proses kediaman dalam pembinaan.Saya pun tak sempat nak ambil gambar di luar kediaman Kellie's Castle ini kebetulan kedatangan kami dibasahi hujan yang sederhana lebat...Bagi yang berminat ingin mengetahui sejarah kediaman Kellie' Castle ini bolehlah melayari blog Harith Faruqi Sidek. Memang bagus dan sangat menarik catatan sejarah yang diceritakan oleh penulis blog Harith Faruqi Sidek.Bagi pembaca kalian boleh lihat gambar sejarah Kellie's Castle ini di facebook link kami.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 345